Sedia maklum, beberapa jam yang lalu, madu Miera Leyana iaitu Adibah Mutalib dan suami, Rosland Othman disahkan sudah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Sesudah perbicaraan selesai, Rosland enggan ditemubual oleh pihak media dan nanti akan adakan sesi sidang media mengenai kes penceraian ini.
View this post on Instagram
Susulan itu, berita mengenai Rosland mahu membuat sesi sidang media itu tidak mendapat reaksi positif daripada kalangan netizen.
Kebanyakkannya berasa kesian melihat Adibah yang seakan-akan ‘dibuang’ semudah itu biarpun sudah mendirikan rumah tangga selama 28 tahun.
Bahkan, ada juga merasakan tidak perlu untuk membuat sidang media kerana ia seakan-akan sengaja membuka aib masing-masing.
Sekadar info, Rosland Othman telah mengahwini untuk kali kedua bersama pelakon muda, Miera Leyana dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.