Seorang banduan wanita didapati bersalah selepas cuba menyeludup masuk sepucuk pistol dengan menyembunyikan senjata itu kedalam kemaluannya dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
Menurut akhbar New York Post, Amy Wilhite, 39 mengaku bersalah pistol jenis revolver berukuran 10 sentimeter (sm) ketika ditahan di lokap Daerah Boone pada 14 Februari lalu.
Ketika Wilhite menyeludup masuk ke lokap, senjata api itu dipercayai mempunyai lima butir peluru hidup. Dia mengaku memiliki pistol ketika disoal siasat tetapi mendakwa dia menyimpannya untuk tahanan lain.
Namun, tahanan lain menyangkal tuduhan itu dan mendakwa Wilhite sudah memiliki pistol itu ketika tiba di penjara.
Polis dan penjaga di penjara itu gagal mengesan pistol yang akhirnya dijumpai oleh pihak berkuasa selepas dia dihantar ke penjara negeri atas dua pertuduhan berbeza.