Banduan Suspek Pembunuhan Richard Huckle Juga Pemangsa Seksual Kanak-kanak

Trending

Banduan Suspek Pembunuhan Richard Huckle Juga Pemangsa Seksual Kanak-kanak

Paul Fitzgerald, 29, telah dipenjarakan seumur hidup pada 2009 kerana menyerang seorang wanita yang sedang bersiar-siar–tetapi malam tadi dia berada di tengah-tengah siasatan polis setelah Richard William Huckle, 33, ditemui mati ditikam dalam sel penjaranya.

Fitzgerald, yang lahir di Utara Ireland, diasingkan dari banduan lain malam tadi apabila siasatan polis bermula.

Advertisement

Dia juga pernah menyerang seorang remaja perempuan berumur 15 tahun.

Sebelum disabitkan bersalah, Mahkamah Leeds Crown menemui tulisan dalam diarinya:

Aku suka rogol perempuan.

Dia juga pernah menulis fantasi jahatnya dan menambah:

Jika aku nak kembali lakukan jenayah, mereka tak dapat halang aku.

Sumber The Sun mangatakan mayat Huckle, yang sedang menjalani 22 hukuman penjara seumur hidup kerana mendera secara seksual sehingga 200 orang kanak-kanak di luar Britain ditemui dalam keadaan berlumuran darah di penjara sekuriti tinggi Full Sutton, East Yorks pada Ahad.

Sebilah pisau buatan sendiri dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan itu.

Sumber mengatakan, darah berada di mana-mana dalam sel penjara Huckle.

Ambulans udara dipanggil tetapi pada masa itu semuanya sudah terlambat. Ia serangan terancang–tak ada peluang nak selamatkan dia.

Bekas guru Bahasa Inggeris dan jurugambar itu dipenjarakan di Old Bailey pada Jun 2016 untuk hukuman minimum 25 tahun.

Mahkamah mendengar pengakuan Huckle untuk 71 pertuduhan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia yang dilakukan dalam tempoh sembilan tahun.

Salah seorang mangsanya bayi berusia enam bulan.

Huckle, pernah menjadi ahli gereja baptis di Ashford, England, menggunakan agamanya sebagai ‘batu lompatan’ untuk mensasarkan kanak-kanak dalam komuniti Kristian.

Setelah berpindah ke Malaysia semasa berusia 19 tahun, dia mula mendera kanak-kanak secara seksual.

Dia bercakap besar mengenai penderaan yang dilakukan, menganugerahkan dirinya ‘markah pedo’ untuk bermacam jenis serangan seksual kanak-kanak mengikut tahap, dan juga menulis sebuah buku panduan untuk pedofil yang tinggal di Asia.

Huckle membuat keuntungan hasil rakaman penderaan seksual kanak-kanak yang dilakukannya di ‘dark web.’

Tetapi selepas sembilan tahun, dia tertangkap setelah Polis Australia mengesan kegiatannya apabila mereka memburu seorang pedofil lain di ‘dark web’.

Mereka menjejakinya dan dia ditahan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Gatwick untuk meraikan Krismas bersama keluarganya.

Polis menemui 20,253 imej dalam cakera keras miliknya, kebanyakannya menunjukkan dia melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Dia juga bercadang menulis ‘panduan Wiki pedo’.

Semasa membacakan pensabitan Huckle, Hakim Peter Rook QC memberitahu Huckle:

Kamu mensasarkan dan groom kanak-kanak di komuniti miskin, tiada keraguan kerana kamu nak memenangi hati mereka menggunakan kekayaan kamu sebagai seorang ‘penduduk Barat’.

Semasa dibawa ke penjara, rakan salah seorang mangsanya menjerit:

Seribu kematian pun tak cukup nak menghukum kamu.

Kakak iparnya berkata:

Tiada siapa di kalangan ahli keluarganya akan bercakap mengenai dia. Kami tak mahu jumpa dia lagi sampai bila-bila.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...