Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bandingkan Perkahwinan Di Malaysia Dan Australia Ketika ‘Lockdown’, Raja Ilya Dianggap Lupa Daratan Oleh Netizen

Raja Ilya

Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Australia bersama suaminya nampaknya telah mengundang komen-komen sinis daripada netizen apabila tampil membandingkan majlis perkahwinan di Malaysia dan negara yang didiaminya kini di media sosial.

Raja IlyaSumber : Instagram Raja Ilya  

Dia yang memuat naik dua keping foto di ruangan Instagramnnya di mana terpapar dua majlis perkahwinan iaitu di gereja dipenuhi dengan foto keluarga manakala satu lagi memaparkan majlis perkahwinan di Malaysia  dengan kehadiran tetamu yang begitu ramai.

Advertisement

Meskipun Raja Ilya hanya menegaskan bahawa foto tersebut hanyalah hiasan semata-mata, namun warga maya memberi komen yang sebaliknya terhadap hantaran tersebut.

Menurut netizen, Raja Ilya tidak sepatutnya membuat perbandingan seperti itu kerana seperti seolah-olah telah menghina tanah air kelahiran pelakon wanita itu.

View this post on Instagram

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Advertisement

“Instagram akak bukan berita hiburan tau dik. Itu maksudnya gambar imbas kembali dan nota yang mengatakan gambar hiasan semata-mata tu sama je macam kat buku teks sekolah yang dipilih sebagai hiasan bukan yang benar. Maksud gambar kedua-dua pula yang satu tu terus paranoid sampai seorang pun tak ada dan satu lagi tenang saja. Sebab time PKP kan tak boleh buat majlis, jadi sebab tu tak ada gambar sekarang untuk dua-dua gambar tu.”

Pelakon filem Papadom itu walau bagaimanapun memberi reaksi balas kritikan netizen apabila mengatakan dia sekadar berjenaka di ruang media sosialnya yang disifatkan peribadi.

Instagram Raja IlyaSumber : Instagram Raja Ilya  
Instagram Raja IlyaSumber : Instagram Raja Ilya  

Macam-macam hal la ya!

SUMBER : Instagram Raja Ilya
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. anon

    February 5, 2021 at 11:34 am

    minaci deyy karapoley..amma

  2. Anonymous

    February 3, 2021 at 9:29 am

    berjenaka? berlakon pun x laku sgt tak payahlah nk try jadi pelawak pulak… tak kelakar dan tak sampai! hanya ayat coverline selepas dikecam… try again sis…

Loading...
To Top