Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Australia bersama suaminya nampaknya telah mengundang komen-komen sinis daripada netizen apabila tampil membandingkan majlis perkahwinan di Malaysia dan negara yang didiaminya kini di media sosial.
Dia yang memuat naik dua keping foto di ruangan Instagramnnya di mana terpapar dua majlis perkahwinan iaitu di gereja dipenuhi dengan foto keluarga manakala satu lagi memaparkan majlis perkahwinan di Malaysia dengan kehadiran tetamu yang begitu ramai.
Meskipun Raja Ilya hanya menegaskan bahawa foto tersebut hanyalah hiasan semata-mata, namun warga maya memberi komen yang sebaliknya terhadap hantaran tersebut.
Menurut netizen, Raja Ilya tidak sepatutnya membuat perbandingan seperti itu kerana seperti seolah-olah telah menghina tanah air kelahiran pelakon wanita itu.
View this post on Instagram
“Instagram akak bukan berita hiburan tau dik. Itu maksudnya gambar imbas kembali dan nota yang mengatakan gambar hiasan semata-mata tu sama je macam kat buku teks sekolah yang dipilih sebagai hiasan bukan yang benar. Maksud gambar kedua-dua pula yang satu tu terus paranoid sampai seorang pun tak ada dan satu lagi tenang saja. Sebab time PKP kan tak boleh buat majlis, jadi sebab tu tak ada gambar sekarang untuk dua-dua gambar tu.”
Pelakon filem Papadom itu walau bagaimanapun memberi reaksi balas kritikan netizen apabila mengatakan dia sekadar berjenaka di ruang media sosialnya yang disifatkan peribadi.
Macam-macam hal la ya!