Kecantikan pelakon Amelia Henderson sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan langsung. Bahkan wanita ini pun tidak segan untuk menayangkan kecantikannya selain tidak gentar dengan komen negatif mengenai pakaiannya yang ‘daring’.
Pun begitu, baru-baru ini terdapat seorang pengguna Twitter yang telah membuat perbandingan melibatkan dirniya dengan penyanyi popular iaitu Wany Hasrita.
Individu tersebut telah meletakkan mereka berdua di bawah dua kategori berbeza iaitu ‘Apa yang lelaki suka’ dan ‘Apa yang lelaki mahu’ dan posting tersebut telah mendapat ribuan ulang kicau.
Daripada perkongsian tersebut, pengguna tersebut seperti menyatakan bahawa lelaki suka melihat wanita yang seksi seperti Amelia tetapi mahukan wanita yang sopan seperti Wany Hasrita.
Rata-rata wanita di laman sosial popular itu telah menyelar tindakan individu tersebut kerana membandingkan dua orang wanita mengikut ‘taste’ mereka yang dianggap tidak sensitif.
Tidak berdiam diri, Amelia yang turut disapa dengan entri tersebut telah memberikan balasan padu terhadap individu itu. Katanya, lelaki yang ‘demand’ seperti ini biasanya tidak akan mendapat apa-apa pun pada akhirnya.
Dek kerana balasan hebat wanita itu, individu tersebut terus tidak berani menonjolkan dirinya sehingga terpaksa menyahaktifkan akaun Twitternya selepas menerima hencapan daripada ramai pengguna lain.
Malahan rata-rata pengguna Twitter lain menunjukkan sokongan mereka terhadap pelakon wanita itu yang berani untuk mematahkan stigma di mana perempuan perlu mempunyai penampilan seperti apa yang dimahukan oleh lelaki.
Kan dah menyorok lepas kena ‘serang’, jangan main-main dengan Amelia tahu!