Bandar ‘Tak Pernah Tidur’, Betul Ke Hong Kong Destinasi Mesra Muslim?

Branded

Bandar ‘Tak Pernah Tidur’, Betul Ke Hong Kong Destinasi Mesra Muslim?

Seperti diketahui ramai, Hong Kong merupakan salah satu bandar dalam dunia ‘yang tidak pernah tidur’ dan sentiasa sibuk susulan semakin menjadi pilihan pelancong seluruh dunia.

Tapi, betul ke Hong Kong merupakan destinasi melancong yang mesra Muslim? Suprisingly, Hong Kong merupakan salah satu destinasi percutian yang mesra Muslim tau. Jadi hari ini, Beautifulnara nak kongsikan pengalaman bercuti di negara ini selama 4 hari 3 malam bersama pemenang bertuah Ahli Watsons Club. Memang best sangat!

1. Hotel

– Hotel Sheraton

Kalau korang nak tahu, di hotel Sheraton ini, mereka ada menyediakan makanan halal di bahagian buffet. So, bolehlah korang pilih hotel ini kalau nak bercuti di Hong Kong sebab akan memudahkan kalau nak breakfast di pagi hari.

Dah lah menyediakan makanan halal, tambah pula view di bilik hotel lima bintang ini juga sangat menakjubkan kerana kita akan dapat melihat pemandangan laut weh!

2. Masjid

– Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Wan Chai dan ini merupakan masjid ketiga yang dibina di Hong Kong. Yang menariknya, di sini korang boleh cuba makanan halal di Islamic Canteen yang terletak di tingkat 5. Korang boleh cuba hidangan daging, ayam, ikan dan sayur tanpa ‘was-was’ tau sebab ia disediakan oleh tukang masak Cina Muslim.

Selain masjid yang kami lawat ini, ada juga masjid-masjid lain yang boleh dikunjungi oleh pelancong Muslim seperti Masjid Kowloon, Masjid Jamia, Masjid Stanley, Masjid Ibrahim dan banyak lagi.

3. Restoran halal

Yang paling penting ketika bercuti mestilah mencari makanan yang halal kan? Korang tak payah risau sangat sebabnya dekat Hong Kong banyak restoran yang sediakan makanan halal.

Di bawah, Beautifulnara akan kongsikan list restoran halal sepanjang 4 hari kami berada di Hong Kong. Actually banyak lagi tapi yang lain korang boleh google je ok.

– Chinesology (Tang Cuisine)

Restoran Chinesology ini merupakan restoran ‘high-end’ pertama yang menerima sijil halal di bandar Hong Kong. Dalam menu halal yang disediakan di restoran ini, pelanggan Muslim boleh memilih daripada 20 hidangan.

Kami telah mencuba 6 hidangan daripada restoran ini dan boleh dikatakan kesemuanya memang menepati cita selera lah. Yang paling sedap Golden Bean Curd With Seaweed, memang korang wajib cuba!

– Islam Food Since 1950

Hahh dekat sini korang kena datang awal tau sebab bukan saja menjadi pilihan pelancong tetapi orang tempatan juga. Restoran Islam Food ini terletak di tengah-tengah Kowloon City dan ia sudah pun menerima banyak award susulan menyediakan makanan halal yang sedap-sedap!

Di Islam Food Since 1950, mereka ada menyediakan dim sum halal yang sedap dan kami nak suggest korang cuba roti daging di sini kerana ia merupakan menu pilihan utama pengunjung.

– Pasteako

Boring kalau hari-hari makan makanan cina Muslim? Jangan pening-pening, dekat Pasteako ni mereka menyediakan makanan halal Italian Amerincan. Di mana korang boleh order pelbagai hidangan pasta bersama daging serloin ataupun dada ayam. Tips untuk ‘first-timer’, pastikan korang buat reservation sebelum datang ke Pasteako

4. Tarikan pelancong

Tak sah lah kan korang pergi Hong Kong tak pergi tempat-tempat attraction di sana kan? Boleh dikatakan di Hong Kong, memang banyak tempat tarikan untuk pelancong. Banyak aktiviti yang boleh dicuba oleh pelancong, antaranya adalah:

– Ocean Park

Selain Hong Kong Disneyland, Ocean Park ini juga merupakan tarikan yang ‘wajib’ korang kena pergi. Tapi pastikan korang kosongkan jadual satu hari supaya dapat spend time disini kerana banyak attraction dan rides untuk korang enjoy! Yang mana bercuti bawa anak tu, pastikan pergi sini tau!

Selain rides, dekat sini juga merupakan tempat yang membolehkan korang bermesra dengan pelbagai jenis haiwan seperti panda, penguin dan banyak lagi.

– Old Town Central

Spot OOTD paling cantik yang korang akan tengok serious tak tipu! Yang mana suka tengok filem-filem Hong Kong tu, sini lah tempat yang korang kena pergi. Kalau datang sini, memang wajib keluarkan phone untuk tangkap gambar-gambar yang slay.

Malah, di kawasan sini juga banyak cafe-cafe hipster yang korang boleh singgah, memang vibe orang muda kalau jalan-jalan dekat sini.

5. Ole-ole

– Watsons

Kalau korang nak tahu Watsons secara aslinya berasal daripada Hong Kong tau! Mesti ramai yang tak tahu kan? Hahh jadi jangan lepaskan peluang korang untuk shopping ole-ole banyak dekat Watsons di Hong Kong ni. Banyak pula tu barang ‘rare’ yang tak ada di Watsons Malaysia!

Memang bertuah sungguh jadi Ahli Watsons Club ni kan? Korang pun berpeluang tau untuk memenangi pakej percutian mewah seperti ini. Jadi pastikan kekal setia bersama Watsons ok!

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Watsons dan Discover Hong Kong atau boleh ikuti platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

macao attractions
2 months ago

Itinerary Lengkap 4 Hari 3 Malam, Jom Teroka Macao, Destinasi Underrated Untuk Bercuti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...