Band Indonesia Muatnaik Muzik Video Lagu ‘Coronavirus’ Mendapat Lebih 2 Juta Tontonan Dalam Masa Beberapa Hari

Trending

Band Indonesia Muatnaik Muzik Video Lagu ‘Coronavirus’ Mendapat Lebih 2 Juta Tontonan Dalam Masa Beberapa Hari

Sebuah kumpulan muzik daripada Indonesia, Gafarock mendapat perhatian ramai di media sosial selepas memuatnaik muzik video terbaru mereka. Lagu yang mendapat inspirasi daripada wabak Coronavirus dari Wuhan itu kini mendapat lebih dua juta tontonan sejak dimuatnaik di laman YouTube.

Uniknya, lagu yang berkisahkan tentang wabak dari Wuhan ini menggunakan empat bahasa di dalam lirik lagu ini iaitu Sunda, Ngapak, Jawa dan Indonesia. Kumpulan ini juga memberitahu lagu asal bertajuk ‘Virus Corona’ ini adalah dari lagu Jaranan karya Ki Hadisukatno.

Advertisement

Kumpulan ini dilihat cukup kreatif dalam menyampaikan mesej di sebalik bait-bait lirik yang ditulis di dalam lagu ini. Antara baris lirik yang ditulis termasuklah tentang bahaya virus ini kepada manusia lain dan bagaimana ianya tersebar ke negara-negara lain daripada China.

Untuk pengetahuan anda, lagu ini kini viral di beberapa platform media sosial sehinggakan mendapat perhatian peminat di Malaysia. Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya memuji usaha kreatif kumpulan ini dalam memberikan kesedaran tentang bahaya Coronavirus melalui karya mereka.

komen youtube

Coronavirus atau COVID-19 merupakan virus yang dipercayai tercetus daripada pasar basah di Wuhan, China yang menjual haiwan-haiwan eksotik. Sebelum ini, filem bertajuk Contagion pada tahun 2011 dikatakan mempunyai persamaan dengan virus yang melanda dunia kini. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Filem Contagion (2011) Kembali Menjadi Sebutan Apabila Plot Cerita Disamakan Dengan Penularan Coronavirus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...