Bancuh Milo Nak Rasa Sama Seperti Air Milo Lori? Lelaki Ini Kongsi Cara Bancuhnya

Trending

Bancuh Milo Nak Rasa Sama Seperti Air Milo Lori? Lelaki Ini Kongsi Cara Bancuhnya

Pasti semua menikmati rasa enaknya air milo kan? Teringat lagi waktu zaman kanak-kanak dulu beratur panjang semata-mata nak rasa air milo percuma. Sedap weh!

Advertisement

Namun sebenarnya kita juga boleh bancuh untuk rasa sama seperti air milo lori. Dan admin yakin korang juga tertanya-tanya macam mana cara bancuhannya.

Seorang lelaki bernamaSyahrin Yen Zaini telah berkongsikan cara membancuh milo dari pemerhatiannya dari pekerja lori milo membancuh air.

Resepi air milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air..anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri..jangan tanya saya apa2 sebab saya tak dapat komisen pun dari Milo..ok lah untuk memendekkan cerita..

Cara Bancuh Air Milo Sama Seperti Air Lori Milo

8 tin Susu Pekat
8 tin Susu Cair
Air panas
4 paket Milo (1kg) total 4 kg
Ketulan Ais

Method:

Masukkan susu cair dan susu pekat dalam bekas, adakah susu cair cap junjung rahsianya membuatkan milo lori begitu sedap dan digemari?

Masukkan milo.

Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati.

Tuang bancuhan milo tadi dalam bekas berisi ais.

Sedia untuk diminum.

Kalau nak bancuh sedikit, buat kira-kira sendiri bagaimana nak kurang atau lebihkan bahan yang digunakan, perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut..

saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori..mendapat diabetes..kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo..

Selamat Mencuba!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...