“Ban Dia Dari Semua Sekolah!” – Firdaus Wong Ditegur, Ajar Remaja ‘Non-Muslim’ Bawah Umur Peluk Islam Senyap-Senyap

Kehidupan

“Ban Dia Dari Semua Sekolah!” – Firdaus Wong Ditegur, Ajar Remaja ‘Non-Muslim’ Bawah Umur Peluk Islam Senyap-Senyap

Baru-baru ini di platform TikTok, Ketua Penerangan Parti Rakyat India Malaysia, Suthan M telah menegur pendakwah bebas dikenali ramai, Firdaus Wong tentang perkongsiaan mengenai memeluk agama Islam.

Beri ‘idea’ remaja umur peluk agama Islam

Punca Firdaus Wong ditegur selepas dia memberi penyelesaian buat pelajaran Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 ‘non-Muslim’ cara memeluk agama Islam.

Advertisement

Pendakwah itu meminta agar guru Islam membimbing mereka untuk memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah Syahadah dan meminta pelajar terbabit untuk tidak merekod sebarang proses.

‘Ban’ Firdaus Wong masuk ke sekolah

Susulan memberi ‘idea’ sedemikian, Suthan M merasa dirinya terpanggil untuk menegur Firdaus atas tindakannya dan menyeru agar pendakwah itu dilarang untuk memasuki mana-mana sekolah.

Saya tegas (gesa) YB Fadhlina, Menteri Pendidikan perlu ban individu ini dari semua perkarangan sekolah nasional segera atau kami akan turun memprotes di Kementerian Pendidikan tidak lama lagi.

Dalam pada masa yang sama, Ketua Penerangan Parti Rakyat India Malaysia itu turut memohon agar Firdaus Wong tidak mengapi-apikan keharmonian sedia ada di negara Malaysia ini.

firdaus wong
1 year ago

(VIDEO) "Adakah Dia Lakukan Sesuatu Haram, Guna Duit Anda? Tidak" - Firdaus Tegur Netizen 'Over' Marah Alif Teega Kahwin Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...