Balu Kapten Hasman Terima Kurang RM 1,000 Sebulan, Tuntut Janji Menteri

Trending

Balu Kapten Hasman Terima Kurang RM 1,000 Sebulan, Tuntut Janji Menteri

Pada 26 Disember tahun lepas, seorang pegawai tentera darat Kapten Hasman Hussin dilaporkan hilang selepas dihanyutkan banjir di Pulaskit County, Missouri, Amerika Syarikat.

hazmanHasman dikhuatiri hilang selepas kereta dinaiki bersama empat yang lain dihanyutkan banjir ketika sedang menghabiskan percutian Sabtu 26 Disember sebelum kenderaan dinaiki dihanyutkan arus deras semasa mengharungi satu laluan di Pulaski County, Missouri yang dinaiki air, kira-kira jam 2 pagi. Dia disahkan meninggal dunia dan mayatnya ditemui 11 pagi waktu tempatan pada 28 Disember.

Advertisement


Pada masa itu, Allahyarham Hasman berada di Amerika Syarikat bagi mengikuti Kursus Kerjaya Kapten Jurutera bermula 1 Oktober dan dijadualkan berakhir 15 April 2016 di sebuah kem tentera AS, Fort Leonard Wood.

Mulai semalam, kenyataan balu Hazman, Hazwani Ahmad mula menjadi viral di media sosial:

Screen Shot 2016-09-02 at 10.16.55 AM

Sebenarnya, penjawat awam terikat dengan peraturan, di mana dia tidak boleh meninggalkan pejabat atau tempat bertugas tanpa mengisi buku log keluar / masuk serta tanpa pengetahuan atau kebenaran penyelia. Ini ialah sebagai satu langkah perlindungan. Sekiranya apa-apa yang buruk berlaku semasa pegawai tersebut keluar dari tempat bertugas atau pejabat, dia akan menerima perlindungan dari majikan, iaitu kerajaan.

14211990_1365221053492617_7968657185727157640_nBagaimanapun, sekiranya dia tidak mendapat kebenaran dari penyelia untuk keluar semasa menjalankan tugas rasmi, dia tidak dilindungi oleh majikan. Perkara ini diberitahu kepada semua penjawat awam terlebih dahulu. Sekiranya penjawat awam keluar dari pejabat atau tempat bertugas tanpa kebenaran atau pengetahuan penyelia, ia menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan tatatertib. Penjawat awam juga hanya boleh berada di luar untuk urusan persendirian selama empat jam sahaja pada waktu pejabat atau sewaktu sedang menjalankan tugas rasmi.

Perkara ini termaktub dalam satu surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada semua agensi dan badan berkanun kerajaan, dengan nombor rujukan: JPA (SARAAN)(S)1619 KLT.16 (7) mengenai kebenaran untuk pejawat awam keluar dalam waktu pejabat untuk urusan persendirian.

Antara garis panduannya ialah:

  1.  Kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja diperuntukkan di bawah Perintah Am 5 Bab G. Perintah am tersebut menjelaskan bahawa jika seseorang pegawai hendak meninggalkan pejabatnya di dalam waktu bekerja, kebenaran Pegawai Penyelia hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.
  2. Jabatan Perkhidmatan Awam melalui surat bil JPA(Saraan)(S)1619 klt.16 (7) bertarikh 9 Disember 2009 telah menggariskan Peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu kerja pejabat dibawah Perintan Am 5 Bab G yang perlu dipatuhi oleh semua agensi Jabatan Persekuturan.

Keseluruhan isi surat tersebut boleh dibaca di sini sebagai peraturan keluar masuk untuk urusan persendirian secara umum.

Poin kunci di sini, Hazman ditimpa kemalangan dan meninggal dunia pada pagi 26 Disember hari Sabtu setelah melanjutkan cuti Krismas 25 Disember di luar kem dia berkursus. Pihak majikan akan membuat kesimpulan sekiranya beliau tidak menghabiskan cuti di luar kem pada waktu tersebut musibah itu mungkin tidak akan dialaminya.

Ini ialah sebab kerajaan sukar memberi bantuan kepada Hazwani dan anak-anaknya.

Bagaimanapun situasi balu dan anak-anak Hazman memang menimbulkan rasa simpati kerana hilang tulang belakang dan tunggak keluarga tetapi tidak mendapat pampasan yang sewajarnya kerana sedikit kesilapan.

Diharap Hazwani akan menemui jalan penyelasaian yang diinginkan dan ini juga satu bentuk pengajaran kepada penjawat awam yang lain supaya berhati-hati ketika melaksanakan urusan persendirian di waktu berkursus.

Perkembangan terbaru mengenai perkara ini ialah, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein melalui Twitter berkata akan membantu beliau menyelesaikan perkara ini.-amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...