Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Balu Arwah Abam Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Ketika kubur Allahyarham Abam Bocey masih merah dan ramai yang bersedih dengan pemergiannya, netizen seakan tidak percaya dengan sengketa yang berlaku antara Ali Puteh adan isteri arwah iaitu Noor Hidayah. Semuanya dikatakan berpunca dari soal harta sehingga pelbagai spekulasi timbul membuatkan keluarga itu pecah belah.

ali puteh

Advertisement

Bagaimanapun, baru-baru ini Ali telah tampil memohon maaf di atas keterlanjuran memuat naik status berbaur emosi dan kasar terhadap kakak iparnya dan menafikan dakwaan yang mengatakan dia mahu membolot harta arwah abangnya.

Namun, Ali berkata dia berkecil hati terhadap Hidayah kerana mengeluarkan ungkapan tidak sepatutnya kepada ibu mentuanya, Sabariah Arshad. Kata-kata sensitif itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walau seringgit, kira makan duit anak yatim’.

Ayat yang dikeluarkan kepada ibu menyentuh hati saya. Balik rumah, saya bertanya kenapa dia cakap begitu kepada mak. Kita orang Islam, tahu mana halal dan haram. Kenapa kau kata makan harta anak yatim.

Advertisement

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatimTerdahulu, Ali dengan rendah hati, telah memohon maaf kepada balu arwah serta seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan kata-katanya. Dia juga merancang mengadakan pertemuan tertutup antara keluarganya dan pihak keluarga Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut yang tercetus serta tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. Anonymous

    February 26, 2020 at 3:14 pm

    #silaundur

  2. Anonymous

    February 25, 2020 at 5:27 pm

    Hang sendiri yang nk kecohkan keadaan,sudah lah Ali…..x yah buat bnyk alasan,smua mnyampah dgr hang punya keterangan,

  3. Makcik

    February 25, 2020 at 5:17 pm

    Apa benda laa si ali ni kalau bercakap…makin byk pekung dia dibukanya…dia ni mmg jenis baran & x faham sgt kot…pening cikgu ngajar dia ni….kak ipaq tu bukannya cakap dia yg makan harta anak yatim….cakap kpd org yg mintak hutang tu kot….kubur arwah msh meraj dah dtg mintak hutang? Yg si Ali ni nk terasa dah kenapa? Melebih2x laa dia ni…org ckp sikit dah perasan terasa hati pastu sound2x akak ipaq sendiri…..yg mulut dia takde insurance *binatang*kan org…pastu senang je mintak maaf….org tu x cakap apa…kau yg melebih…mak kau pun tak cakap apa..ko yg melenting guna nama mak kau…nk laga2xkan mak & kak ipaq pulak…
    Haiyoooorrhh….udah2xlah Ali…
    Bila ko nk cakap baik2x psl kak ipaq ko ni? Asyik keluar statement pelik2x jew??
    Allahuakbar….

  4. Anonymous

    February 25, 2020 at 12:02 pm

    Jgn salahkan netizen kalau ali tu sendiri yg keluarkan statement mcm tu.

  5. LISA

    February 25, 2020 at 8:05 am

    jgn menyibuk hal orang lah netizen. time macam nie semua nak jd bijak pandai cermin diri sendiri dulu kt nie dh cukup sempurna ke nk komen org mcm2. sy setuju dengan anonymous 23 feb jam 6.51pm. biar mereka selesaikan mslh keluarga org luar jgn sibuk campur. anda bukan menolong tp menambah bara aderlah

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top