February 23rd, 2020

Ketika kubur Allahyarham Abam Bocey masih merah dan ramai yang bersedih dengan pemergiannya, netizen seakan tidak percaya dengan sengketa yang berlaku antara Ali Puteh adan isteri arwah iaitu Noor Hidayah. Semuanya dikatakan berpunca dari soal harta sehingga pelbagai spekulasi timbul membuatkan keluarga itu pecah belah.

ali puteh

Bagaimanapun, baru-baru ini Ali telah tampil memohon maaf di atas keterlanjuran memuat naik status berbaur emosi dan kasar terhadap kakak iparnya dan menafikan dakwaan yang mengatakan dia mahu membolot harta arwah abangnya.

Namun, Ali berkata dia berkecil hati terhadap Hidayah kerana mengeluarkan ungkapan tidak sepatutnya kepada ibu mentuanya, Sabariah Arshad. Kata-kata sensitif itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walau seringgit, kira makan duit anak yatim’.

Ayat yang dikeluarkan kepada ibu menyentuh hati saya. Balik rumah, saya bertanya kenapa dia cakap begitu kepada mak. Kita orang Islam, tahu mana halal dan haram. Kenapa kau kata makan harta anak yatim.

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatimTerdahulu, Ali dengan rendah hati, telah memohon maaf kepada balu arwah serta seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan kata-katanya. Dia juga merancang mengadakan pertemuan tertutup antara keluarganya dan pihak keluarga Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut yang tercetus serta tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

Sumber Berita : mStar Online


21 responses to “Balu Arwah Abam Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim”

  1. Anonymous says:

    Segala hutang kena di settlekan dahulu, barulah pembahagian harta, yg paling atas dalam carta faraid adalah ibu, barulah isteri dan anak. Semoga segala kemelut dapat di settlekan dengan baik. To Hidayah, berhenti berbicara dan bersangka baik. To Ali, jgn keluarkan words x elok dan uruskan hal ini dengan baik.

    Semoga Allah permudahkan segala urusan Hidayah n Ali dengan baik..Insha Allah

  2. Ina says:

    Saya kerja bank.Memang la bank akan bekukan tapi keluarga kena report pada bank dulu.Kalau tak ada orang maklumkan pasal kematian macam mana kami nak tau.Iya urusan nak keluarkan duit ambik masa lama apabila akaun bank telah dibekukan.
    Itu sebab kalau ada balu,keluarga yang tau pin card si mati,biasanya akan keluarkan duit siap2 untuk keperluan harian sebelum kena beku.
    Kalau balu tu tak bekerja tak ada simpanan sendiri,dari mana dia nak dapat duit untuk keperluan harian tu?Dayah & anak lelaki sah2 ada hak dalam faraid.Ali memang tak ada hak langsung.Tak nampak yang keluarga Ali ni nak mudahkan balu Abam ni.Duit tak ada dalam wallet dipersoalkan,syiling tabung,jam2 pun berkira & kereta tak bagi pakai.Keluarga apa macam ni?

  3. Minah menyampah says:

    Wahai netizen2 sekalian,boleh x kite biarkn dorg setelkn hal ni secara peribadi?toksahla kite jd hakim,jd ustaz ustazah sesama sdri nk kte pihak ni slh n pihak ni btul..doakan jela yg tbaik..kite netizen sume ni xpyhla nk kuarkn pdpt msg2,kuarkn hujah msg2..ckup kite jge keluarga kite sdri n amk iktibar ats ape yg jd..bab yg ni bukan main msg2 kuarkn hujah..tp bile bab psnan terakhir arwah abam supaya tlg n jge adik beradik kite sdri supaya xhdup ssh,ade yg ikt ke?slp2 ade yg bkire dgn keluarga n adik bradik sdri kn?

  4. Anonymous says:

    Moga segala isu dapat diselesaikan dengan baik dan dipermudahkan urusan mereka ..aminn

  5. Anonymous says:

    Buat anonymous Feb 23 Jam 5pm, untuk pengetahuan anda dan semua, apabila individu meninggal, akaun bank dan harta di dalamnya akan dibeku oleh pihak bank (atas perintah kerajaan) mengikut kes yg kena kat kawan saya la. Jadi satu urusan yg pnjang lebar akan dilakukan untuk membolehkan semula harta dlm bank keluar dan memerlukan mcam2 dokumen termasuk kad bank. Andai kata tidak dipulangkan kad tersebut oleh balu, akaun yg beku tersebut tidak boleh diselesaikan.
    Percaya atau tidak terpulang. Kalau ada pembetulan mohon tambahkan. Just sharing

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...