Balu Arwah Abam Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim

Hiburan

Balu Arwah Abam Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim

Ketika kubur Allahyarham Abam Bocey masih merah dan ramai yang bersedih dengan pemergiannya, netizen seakan tidak percaya dengan sengketa yang berlaku antara Ali Puteh adan isteri arwah iaitu Noor Hidayah. Semuanya dikatakan berpunca dari soal harta sehingga pelbagai spekulasi timbul membuatkan keluarga itu pecah belah.

ali puteh

Advertisement

Bagaimanapun, baru-baru ini Ali telah tampil memohon maaf di atas keterlanjuran memuat naik status berbaur emosi dan kasar terhadap kakak iparnya dan menafikan dakwaan yang mengatakan dia mahu membolot harta arwah abangnya.

Namun, Ali berkata dia berkecil hati terhadap Hidayah kerana mengeluarkan ungkapan tidak sepatutnya kepada ibu mentuanya, Sabariah Arshad. Kata-kata sensitif itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatim

Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walau seringgit, kira makan duit anak yatim’.

Ayat yang dikeluarkan kepada ibu menyentuh hati saya. Balik rumah, saya bertanya kenapa dia cakap begitu kepada mak. Kita orang Islam, tahu mana halal dan haram. Kenapa kau kata makan harta anak yatim.

nor hidayah ibu mentua jangan makan harta anak yatimTerdahulu, Ali dengan rendah hati, telah memohon maaf kepada balu arwah serta seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan kata-katanya. Dia juga merancang mengadakan pertemuan tertutup antara keluarganya dan pihak keluarga Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut yang tercetus serta tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...