Balu Abam Bocey Menang Rayuan Mahkamah, Minta Ali Puteh Tak Lengahkan Bayaran Ganti Rugi RM60K

Hiburan

Balu Abam Bocey Menang Rayuan Mahkamah, Minta Ali Puteh Tak Lengahkan Bayaran Ganti Rugi RM60K

Sebelum ini, mahkamah menolak rayuan Ali Puteh bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu yang memerintahkan membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, balu Allahyarham Abam Bocey itu memaklumkan keputusan rayuan saman fitnah yang diputuskan mahkamah pada 28 Disember lalu.

Advertisement

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Keputusan rayuan saman fitnah mahkamah sudah diputuskan dan berpihak kepada saya.

Bukan itu sahaja, Hidayah turut meminta Ali atau atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan untuk tidak melengahkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM60,000.

Semoga pihak sebelah sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang sudah ditetapkan.

Jelasnya lagi, pembayaran tersebut membolehkan dia dan anak lelaki, Hamzah untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini.

Dalam pada itu, Hidayah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dia dan anaknya Hamzah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cef Wan Ibu
1 year ago

"Takut Dia 'Pergi' Ketika Saya Tertidur" - Cef Wan 'Update' Keadaan Ibu Semakin Tenat, Berang Ada Portal Laporkan Sudah Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...