Meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak yang mendakwa dirinya seolah-olah tidak pernah bersedih dengan pemergian suaminya iaitu Abam Bocey, balu pelawak Siti Nurhidayah Mohd Ali tampil bersura berkenaan hal tersbeut.
Menurutnya, beliau langsung tidak pernah terkesan dengan suara-suara sumbang yang tidak pernah tahu akan perasaan sebenar yang perlu ditanggungnya selama ini.
Hidayah berkongsi kisah duka itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Tak mengapalah, cakaplah apapun, Allah maha mengetahui segalanya. Ingat lagi pesan arwah suami ‘sayang, biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita, jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita.”
Entri tersebut menyaksikan Hidayah tampil bersama bersama anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah menginjak usia setahun.
Jelasnya lagi, mungkin orang di luar sana tidak melihat kesedihan sebenar yang dirasainya kerana beliau langsung tidak pernah menjaja kisah sedihnya kepada umum.
“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. bersedih (selain takut kerana Allah), tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut bersimpati dengan isi hati yang didedahkan kepada para pengikut di laman berkenaan. Bahkan, pengikut juga tidak ketinggalan menitip kata-kata semangat di ruangan komen entri tersebut.
Untuk rekod, Hidayah sebelum ini telah berkahwin dengan Abam pada Disember 2017. Bagaimanapun, pada 10 Februari lalu, Abam disahkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak akibat demam panas.