Baling Kerusi, Tarik Rambut & Sumbat Kertas Dalam Mulut Pelajar, Guru Didenda RM4900

Kehidupan

Baling Kerusi, Tarik Rambut & Sumbat Kertas Dalam Mulut Pelajar, Guru Didenda RM4900

Seorang guru berusia 39 tahun dikenakan hukuman denda RM4,900 terhadapnya selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas empat pelajar.

Menurut laporan, pertuduhan tersebut termasuklah membaling kerusi, menarik rambut dan menyumbat gumpalan kertas dalam mulut.

Advertisement

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Mohd Shapril Ahmad didakwa dengan sengaja mencederakan tiga pelajarnya berusia 14 tahun dengan menampar muka dan membaling kerusi ke arah mangsa.

Ketiga-tiga kejadian berkenaan berlaku di dalam kelas sebuah sekolah menengah di daerah tersebut pada jam 8.30 pagi, 13 November tahun lalu.

guru didenda tampar dan baling kerusi pada pelajar

Bagi pertuduhan keempat pula, bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan kekerasan jenayah ke atas pelajar berusia 14 tahun dengan memukul belakang kepala, menarik rambut dan memasukkan gumpalan kertas ke dalam mulut di kelas berasingan pada jam 8.30 pagi, 6 November tahun lalu.

Berdasarkan fakta kes, ibu bapa keempat-empat pelajar itu telah mendapat panggilan daripada pengetua memaklumkan anak mereka telah dipukul oleh guru (tertuduh) ketika sedang mengajar.

Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kerana bimbang keselamatan anak mereka dan tertuduh ditahan pada jam 3 petang, 14 November tahun lalu.

Terdahulu, Majistret Suzana Mokhtar turut memerintahkan tertuduh dipenjara 13 bulan sekiranya gagal membayar kesemua denda dikenakan terhadapnya.

Ini bukan cara untuk mendisplinkan pelajar, kamu patut menjadi contoh kepada mereka tapi bukan dengan cara sebegini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hukuman rotan untuk murid
2 days ago

"Hukuman Rotan Terhadap Murid Hanya Boleh Dilaksanakan Oleh Guru Besar Atau Guru Yang Diberi Kuasa" - Menteri Pendidikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...