Baru-baru ini usahawan sensasi Sajat kembali menyayat hati warganet apabila melihat cuplikan video dari siaran langsungnya di TikTok yang menunjukkan kerinduan seorang anak kepada ibu yang jauh berada di Malaysia.
Sajat yang baru menerima beberapa pasang baju kurung dan kebaya dari ibunya itu kelihatan sebak ketika mencium bau pakaian tersebut. Katanya wangi di baju itu membuat dia teringat dengan emaknya di sana.
Rasa sayang nak pakai sebab bau mak kita kan.
Baliklah ke pangkuan keluarga dan pulanglah kepangkal jalan. Ramai yang mendoakan Sajat.
@jen.rjane Sedih😭😭 Haraplah dgn baju tu, dapatlah mengubat sikit rindu jat, dapat hidu & peluk❤️ @nursajat kamaruz zaman @nursajat23 #nursajat #nursajat23 #nursajat237 #sajat #sajatedit #sajatvideo #fypシ #foryoupage #sajatlive ♬ Ghibli system. A sad and beautiful ballad(87172) – 朝木春美千
Pada masa yang sama, rata-rata netizen turut menasihati usahawan ini untuk pulang ke tanah air. Nampak Sajat rindukan Malaysia, ujar mereka. Sebelum ini juga Sajat sempat beberapa kali membuat live di TikTok memaparkan dirinya yang sedang mencuba membuat resepi kuih-muih Melayu.
Bukan itu sahaja, meskipun pernah terlibat dalam kontroversi ketika di Malaysia dahulu, ramai netizen mula faham dan turut bersimpati dengan personaliti media sosial ini yang terpaksa membawa diri jauh ke negara luar. Ada juga sebahagian yang meminta agar orang ramai memaafkan kisah silam Sajat.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.