Personaliti media sosial, Norreen, menjadi bualan hangat para netizen di Threads secara tiba-tiba baru-baru ini.
Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut dan berkata, “Serius lah Norreen, terkejut kita tau” lantas memberi bayangan tentang sesuatu yang tak dijangka olehnya.
Tidak berdiam diri, Noereen membalas komen tersebut dengan tenang, “Kenapa sis? Saya pun terkejut ni” dan membuka ruang kepada penjelasan lanjut.
Netizen tersebut kemudian menjelaskan maksudnya,
Kita terkejut tengok video awak semalam, yang pakai seluar pink tu. Bukan ke lepas awak balik first umrah dulu, awak dah pakai tutup aurat semua?
Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut Norreen namun kebanyakan dari mereka tampil mempertahankan pempengaruh itu.
Rata-ratanya merasakan bahawa isu sedemikian tidak perlu diperbesarkan kerana itu adalah hak Norreen sendiri.