Penyanyi rap terkenal Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata bahawa dia akan pulang ke tanah air pada hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Caprice menerusi saluran Telegram miliknya iaitu MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, kira-kira tengah malam semalam.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu memberitahu bahawa kelewatannya pulang ke Malaysia adalah kerana perlu menyelesaikan beberapa bahagian tertentu dalam misinya.
Salam Malaysia! Alhamdullilah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini). Saya minta maaf atas kelewatan, memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya.
Meskipun begitu, Caprice tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai masa ketibaan dan penerbangannya itu nanti.
Ujarnya lagi, dia perlu menjalani kuarantin selama 10 hari dan akan menyambung urusan perniagaannya yang tertangguh selama pengembaraannya ke bumi timur tengah itu.
Antara perniagaan yang diusahakan Caprice adalah baju ‘hoodies’ Koyak Ke Bro Edisi Terhad, tasbih dan juga pesanan buah tangan daripada orang ramai.
Dia juga memohon maaf di atas kelewatan urusan perniagaannya bersama pelanggan itu tertunda buat seketika bagi meneruskan misi peribadinya itu.
Terdahulu, Caprice turut memuat naik status terakhir sekitar jam 5 pagi waktu tempatan dalam Insta Story dengan coretan ‘Good Bye and Good Night, see you in Disember’ berlatar belakangkan pemandangan malam serta lampu hiasan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.