Balik Sahaja Lepak, Isteri Sudah Meninggal Dunia Disisi Anak Yang Menangis Kelaparan

Kehidupan

Balik Sahaja Lepak, Isteri Sudah Meninggal Dunia Disisi Anak Yang Menangis Kelaparan

Kehidupan pasangan yang sudah berkahwin akan berubah 360 darjah selepas mendirikan rumah tangga. Budaya melepak dengan kawan-kawan sehingga lewat malam harus ditinggalkan demi menjalankan tanggungjawab.

Seorang suami yang berhati mulia tidak akan mengikut budaya buruk seperti melepak hingga lewat pagi dan melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga ayah kepada anak-anak.

Advertisement

Mengikut kisah benar dari Twitter Lily, beliau menceritakan kisah kawan abangnya yang keluar lepak sampai subuh tinggalkan isteri berseorangan di rumah bersama bayi mereka yang baru dilahirkan dalam 3 hingga 4 bulan.

Ketika dia pulang ke rumah kelihatan bayinya menangis hingga hilang suara. Beliau turut mengejutkan si isteri tetapi nasi sudah menjadi bubur, isterinya sudah tidak bernyawa lagi.

Bayi tersebut dikatakan menangis kerana lapar tetapi tidak tahu sejak bila menangis.

Can you imagine? Balik lepak tiba2 bini dah tak ada. Sedangkan waktu tu sepatutnya kau patut ada sebelah bini kau.

Kawan abang rasa bersalah akan apa yang telah berlaku sehingga hari ini.

Tergamak nak cakap dekat mertua dan orang lepak sampai subuh

Lepak boleh tetapi ingat tangungjawab dan amanah

Kejadian ini telah berlaku pada November 2017 dan sekarang anaknya sudah masuk umur 2 tahun. Isterinya dikatakan telah meninggal dunia kerana lemah jantung selepas post mortem dijalankan.

Kadang-kadang jika kita ingin masa bersama-sama kawan boleh, tak salah para suami tetapi berpada-padalah, ingat isteri dan anak-anak hanya pinjaman Allah sekali sahaja dalam hidup kita semua.

Sumber: Twitter

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...