Balik Kelantan Naik Jet Peribadi Untuk Beli Kuih Akok, Netizen Kongsi Kisah Kejayaan ‘Silent Billionaire’ Ini

Kehidupan

Balik Kelantan Naik Jet Peribadi Untuk Beli Kuih Akok, Netizen Kongsi Kisah Kejayaan ‘Silent Billionaire’ Ini

Kisah kejayaan mereka yang berjaya di dalam dunia perniagaan pastinya sering dijadikan inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan. Di Facebook, seorang lelaki berkongsikan pengalamannya bersama seorang ‘silent billionare’ yang sanggup pulang ke Kelantan menaiki jet peribadi demi mendapatkan kuih akok.

Apa yang lebih mengagumkan, ‘silent billionare’ ini langsung tidak lokek berkongsi ilmu dan tips di sebalik kejayaannya itu. Perkongsian lelaki ini di Facebook telah menerima hampir 900 perkongsian tidak sampai satu hari dikongsikan.

Advertisement

“Pernah tengok tak ada orang balik Kelate semata-mata nak beli Kuih Akok naik private jet?”

silent billionare

Beliau merupakan seorang ‘Silent Billionnaire’. Tak suka dikenali orang dan tak suka bercakap kosong. Saya tak mahu bercerita lebih tentang siapa beliau. Tapi saya nak ceritakan tentang 11 Nasihat Emas yang saya dapat sepanjang 30 minit penerbangan dari Kota Bharu ke Subang Airport Ahad lepas dengan menaiki pesawat peribadi milik beliau.

1. When u do business, don’t put all eggs in one basket.

Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah. Asingkan 1 bisnes, 1 company. 1 projek, 1 company. Jangan campur adukkan semua di bawah 1 company sahaja.

2. Jangan menganggap cabaran ekonomi semasa menghalang untuk kita buat bisnes.

Sebagai contoh, musim covid ni. Memang ada bisnes yang tak boleh nak jalan. Tapi ada banyak lagi peluang bisnes yang kita boleh lakukan dan boleh sukses. Explore dan terus take action. Kalau kita hanya terperap saja kat rumah mengenang nasib, memang rugi lah!

3. Jangan pernah berhenti dari memberi sedekah. Sedekah dan lupakan.

Lagi banyak sedekah, lagi banyak rezeki datang mencurah-curah. Utamakan sedekah kepada adik beradik dan saudara mara dahulu. Walaupun ada saudara mara yang pernah mengguris hati, sedekahkan juga tanpa berkira.

sedekah

4. Buat bisnes yang tidak melibatkan loan bank.

Sebab loan bank ni lah sebenarnya yang menyebabkan cash outflow company makin drop. Dapat untung je, buat bayar loan. Baik tak payah.

5. Banyakkan networking dengan orang-orang penting.

Waktu mula-mula-mula networking, mungkin tak ada rasa apa yang perlu. Tapi one day, pasti akan ada benda yang kita saling perlukan pertolongan antara satu sama lain.

6. Pekakkan telinga dengan apa yang orang berkata negatif tentang kita.

Sebab setiap apa yang kita buat, hanya kita saja yang tahu. Orang lain tahu mengata je so, the best solution, FOKUS dengan apa yang kita nak buat dan apa yang kita nak capai.

silent billionare

7. Plan betul-betul life kita.

Umur sekian-sekian, apa target kita. Dari segi kerjaya, kehidupan, rumah, kereta anak dan lain-lain. Jangan kita hanya hidup mengikut arus semata-mata.

8. Kena bijak mengambil peluang.

Kadang-kadang peluang tu orang tak nampak hanya kita je nampak. Tapi kita tak berani. Sebetulnya, bila dah nampak peluang tu, grab cepat-cepat sebelum orang lain grab dulu.

9. Bila berinteraksi dengan orang kenamaan, jangan tunjuk yang kita lemah.

Kena tunjuk kita ni kuat dan ada kelebihan. Jangan hanya tunduk, diam dan setuju semata-mata dengan apa yang tengah dibincangkan bersama mereka. Lontarkan idea-idea bernas untuk mereka. Barulah mereka pandang tinggi dan berani bagi projek kat kita.

berjabat tangan

10. Elakkan terlibat dengan politik

Sekiranya kita nak business secara long term, elakkan dari melibatkan diri secara serius dalam politik. Sebab ianya sangat bahaya. Fokus kepada business bukan fokus kepada politik.

11. Jangan terlalu nak ‘beremosi’ dalam bisnes.

Kalau kita buat satu-satu bisnes dan bisnes tu asyik rugi dan tak ada masa depan. Tutup saja bisnes tu, tak perlu nak meratap sayu. Bina bisnes baru yang lebih profitable.

Begitulah 11 Pesanan Emas dari beliau. Apa yang beliau pesan, memang kena sangat dengan bisnes yang saya lakukan ini, anda boleh kongsikan ini sekiranya anda rasakan ianya penting untuk orang lain juga.

Perkongsian di atas dikongsikan sepenuhnya oleh saudara Hafizi Zain menerusi perkongsian di Facebook beliau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...