“Balik Jumpa, Peluk Dan Minta Maaf” – Hubungan Dengan Mentua ‘Sana’ Dah Erat, Yusof Haslam Nasihat Syamsul Pulih Hubungan Dengan Ibu

Hiburan

“Balik Jumpa, Peluk Dan Minta Maaf” – Hubungan Dengan Mentua ‘Sana’ Dah Erat, Yusof Haslam Nasihat Syamsul Pulih Hubungan Dengan Ibu

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam tampil menasihatkan anaknya, Syamsul Yusof berkaitan dengan konflik bukan sahaja berkaitan perkahwinan bersama dua isterinya, tetapi juga ahli keluarga terutama si ibu, Datin Patimah Ismail.

Kata Yusof, dia berasa amat sedih apabila melihat situasi yang menjadi tidak terkawal apabila anaknya itu menganggap nasihat Patimah untuk kembali ke pangkal jalan sebagai satu ‘racun’.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Saya harap Syamsul muhasabah, begitu juga mereka yang berkaitan. Ibu bercakap untuk kebaikan, minta kembali ke pangkal jalan, itu nasihat bukan terus anggap sebagai racun.

Tambahnya lagi, jika Syamsul kembali pulang ke rumah dan berjumpa ibunya itu, pasti keadaan menjadi lebih baik.

Kalau anak datang berjumpa emak, peluk dan minta maaf, hati seorang ibu itu akan sejuk. Saya yakin ‘benda’ yang telah berlaku dia tak peduli lagi kerana anak yang disayangi berada di depan mata.

Yusof juga beranggapan bahawa tidak mengapa jika ingin menjaga hubungan baik dengan keluarga mentua di ‘sana’ tetapi tidak perlu membiarkan ibu sendiri menangis.

“Cukup-cukuplah. Ibunya cuma mahu dia balik. Itu saja. Saya pun sudah pujuk isteri jangan membalas apa-apa. Kita doa saja semoga Allah lembutkan hati anak kami.” ujarnya lagi.

Datin patimah ibu derhaka
2 years ago

Datin Patimah Dilabel Individu 'Ibu Derhaka' Gara-Gara Biarkan Syamsul Dikecam Masyarakat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...