Cef selebriti terkenal, Redzuawan Ismail meluahkan rasa terkilan dan marah apabila rumahnya berada dalam keadaan kotor setelah pulang bercuti lama di Turki.
Kata Cef Wan, dia terpaksa menahan sakit mata berikutan keadaan balkoni rumahnya yang begitu semak dan tidak dicuci oleh pembantu rumahnya.
Perkara tersebut diluahkan Cef Wan menerusi sebuah hantaran panjang lebar di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Luah Cef Wan lagi, dia membayar pembantu rumah yang bertugas di rumahnya dengan gaji sebanyak RM1,800 dan hanya perlu bekerja selama tiga hari seminggu untuk tempoh empat jam sehari.
Apa masalahnya dengan mereka ini? Mereka tak tahu ke apa itu amanah kerja dan tanggungjawab untuk sempurnakan tugas-tugas mereka.
Jelasnya, dia sudah lelah untuk menjadi baik dan bertimbang rasa dengan manusia yang mempunyai sikap tidak bertanggungjawab seperti itu.
“Apabila kamu cuba untuk menjadi individu positif, kamu terjumpa mereka yang negatif di sekeliling kamu. Mereka datang kepada kamu seperti semut minta belas kasihan dan pertolongan. Apabila dibantu, lain pula sikap mereka masing-masing.” tulis Cef Wan kesal di hantaran Instagramnya.