Balas ‘Tweet’ Tentang Suami Skandal Dengan Staf, Netizen Kata Fazura Bagi ‘Hint’? – “Dia Macam Nak Bagitahu Tapi Macam Taknak…”

Hiburan

Balas ‘Tweet’ Tentang Suami Skandal Dengan Staf, Netizen Kata Fazura Bagi ‘Hint’? – “Dia Macam Nak Bagitahu Tapi Macam Taknak…”

Konflik rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin menjadi bualan hangat sejak berita melaporkan aktres itu memfailkan perceraian.

Terbaru, hantaran aktres berusia 41 tahun tersebut mengundang perhatian dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warga maya di X.

Advertisement

Menerusi laman sosial X, Fazura telah membalas tweet seorang wanita yang berkongsi pengalaman suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan pekerja wanita.

fazura di mahkamah

Menurut cerita individu tersebut, cara suaminya melayani staf wanita muda dan cantik itu berbeza dengan yang lain malah turut menjemput serta hantar pulang ke rumah.

Jumpa staf malam malam dekat tempat kerja tapi dua dua menafikan. I nak berhentikan staf ni tapi laki I tak bagi dan nak jadikan pengajaran untuk I supaya kawal emosi.

Siap belikan barang, bagi duit beli groceries, tolong selesaikan loan tapi cakap dekat I mereka tak ada apa (hubungan). Fast forward, laki I minta izin nak kahwin dengan staf ni…

kisah suami curang

 

Bagi hint ke?

Fazura dilihat membuat hantaran dan menulis,

Assalamualaikum sis. Sending you the biggest hugs and love that I can possibly give. Stay strong!

fazura fattah amin

Kata netizen, Fazura seolah-olah mahu memberikan ‘hint’ tentang sesuatu yang membabitkan rumah tangganya bersama Fattah.

Bagaimanapun, beberapa individu berkata Fazura sepatutnya mengendalikan hal ini dengan lebih matang dan profesional serta perli menjaga perasaan anak dan keluarga mentuanya.

netizen komen fazura

Fattah amin kirim bunga dan ucapan buat fazura
3 months ago

"Terima Kasih Daddy Fatima.." - Fattah Amin Kirim Kad Sempena Hari Lahir, Doakan Nur Fazura Terus Bahagia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...