Perkongsian pelakon Datin Atikah Suhaime menerusi Instagram menerima pelbagai pujian selepas dia berkongsi apa yang dilakukannya sejak berkahwin dengan bergelar Datin.
Difahamkan, hantaran itu dikongsikan Atikah untuk membalas komen negatif seorang individu yang berkata pelakon tersebut akan menjadi seorang yang hidup bermegah serta serba mewah apabila bergelar Datin.
Menerusi hantaran itu, pelakon berusia 34 tahun tersebut telah menyebarkan aura positif dengan menyenaraikan perkara dilakukannya sejak memegang gelaran berkenaan.
Sejak jadi Datin, saya belanja emas tebal-tebal, hampir tiap hari makan Omakase, belanja ibu mentua rawatan rambut mewah. Pergi mana-mana pakai pemandu, pastikan mama dan papa dapat belanja bulanan lebih dari mencukupi.
“Staf Zaitun pun saya belanja makanan setiap kali masuk pejabat. “Belanja Amir (adik) dan dayang-dayang (penjaga) Mulan makan mewah. Derma kepada orang rawak dalam talian, belanja pengikut sesi senaman percuma bersama jurulatih peribadi,” tulis Atikah di video itu.
Atikah juga berkata sebahagian besar perbelanjaannya kini tertumpu kepada anak tersayang, Lyla Mulan Teh dan penjaganya.
Saya suka beli baju random untuk Mulan dalam TikTok, kadang-kadang terbang balik ke Singapura sesuka hati sebab rindu masakan mama. Penjaga Mulan pun saya belanja rawatan rambut di salon. Saya mahu mereka turut rasa bahagia sementara menjaga Mulan.
View this post on Instagram
Rata-rata pengikut Atikah memujinya kerana bersikap rendah diri dan murah hati malah ada yang menyifatkannya lain daripada imej tipikal seorang Datin.
Sesetengah individu berkata, kehidupannya semakin bahagia dan murah rezeki disebabkan kebaikannya berkongsi rezeki dengan orang lain.
Untuk rekod, Atikah berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif jenama kecantikan Zaitun, Datuk Lokman Teh pada Januari lalu dan kini dikurniakan seorang anak perempuan, Lyla Mulan Teh.