Balas Jasa Baik, Neelofa Mahu Bantu Pekerja Utusan Dan Kosmo

Hiburan

Balas Jasa Baik, Neelofa Mahu Bantu Pekerja Utusan Dan Kosmo

Berita penutupan syarikat Utusan Melayu Berhad disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja memberikan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Operasi syarikat itu akan dihentikan minggu ini dan esok adalah edaran terakhir untuk akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!

neelofa

Advertisement

Selebriti popular, Neelofa turut meluahkan rasa simpati kerana syarikat penerbitan berkenaan banyak membantu membina kariernya sejak awal pembabitan dalam dunia hiburan tanah air.

Ingin membalas jasa baik syarikat akhbar tersebut, Neelofa menawarkan bantuan mencari pekerjaan untuk kakitangan Utusan dan Kosmo!

neelofa bantu pekerja utusan kosmoneelofa utusan kosmo

Neelofa berharap inisiatifnya itu akan membantu para pekerja mendapat pekerjaan baru secepat mungkin. Peluang itu turut dibuka kepada orang ramai yang masih lagi mencari kerja.

Malah, pihak Utusan dan Kosmo juga menghargai usaha murni Neelofa. Rata-rata netizen juga menyokong dan memuji tindakan Neelofa itu dan mendoakan segalanya akan dipermudahkan.

neelofa mahu bantu pekerja utusan kosmoneelofa utusan kosmo

Difahamkan, pihak Kumpulan Utusan menanggung kerugian sehingga RM3 juta sebulan sejak dua tahun lalu. Tidak mampu untuk membayar gaji pekerja mereka yang tertunggak selama tiga bulan.

Sumber Berita : Forum CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

39 Comments

  1. Anonymous

    August 20, 2019 at 6:39 pm

    Next… UMNO bakal dikuburkan. :((

  2. Anonymous

    August 20, 2019 at 6:05 pm

    Tggu hj adi kluar fatwa klo x baca utusan n harakah xblh masuk sorga.. :)))

  3. SPRM... siasattttt!!!!

    August 20, 2019 at 5:45 pm

    Bangunan Utusan tak dpt dijual sebab tak da CF..Selama puluhan tahun Utusan beroperasi dlm bangunan tanpa CF..Ini pun salah PH jugak ke? Bkn ke ahli umngok ada 3juta org?Knp diorg sendiri dh x baca utusan Melayu ke?..

    • Anonymous

      August 20, 2019 at 6:55 pm

      syarikat listed di bursa saham ni dari thn 2012 rugi tp tula penyokong umno mmg buta. kalau najib kata najis die sedap diorg pun kata sedap. bodoh.. duit sume dri umno laa!

  4. Anonymous

    August 20, 2019 at 5:39 pm

    Semua org pun nk tlg. Bukan neelofa je. Tetibe neelofa dpt nama? Aik?

  5. Anonymous

    August 20, 2019 at 5:36 pm

    Elly Suriati x tolong jerit ehh?

Loading...