Berita penutupan syarikat Utusan Melayu Berhad disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja memberikan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Operasi syarikat itu akan dihentikan minggu ini dan esok adalah edaran terakhir untuk akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!
Selebriti popular, Neelofa turut meluahkan rasa simpati kerana syarikat penerbitan berkenaan banyak membantu membina kariernya sejak awal pembabitan dalam dunia hiburan tanah air.
Ingin membalas jasa baik syarikat akhbar tersebut, Neelofa menawarkan bantuan mencari pekerjaan untuk kakitangan Utusan dan Kosmo!
Neelofa berharap inisiatifnya itu akan membantu para pekerja mendapat pekerjaan baru secepat mungkin. Peluang itu turut dibuka kepada orang ramai yang masih lagi mencari kerja.
Malah, pihak Utusan dan Kosmo juga menghargai usaha murni Neelofa. Rata-rata netizen juga menyokong dan memuji tindakan Neelofa itu dan mendoakan segalanya akan dipermudahkan.
Difahamkan, pihak Kumpulan Utusan menanggung kerugian sehingga RM3 juta sebulan sejak dua tahun lalu. Tidak mampu untuk membayar gaji pekerja mereka yang tertunggak selama tiga bulan.

Faraj
August 21, 2019 at 7:14 am
Elok lah ..kaki kincing bantu kaki fitnah…Neelofa kincing konpn nk tgk kilang kt Vietnam..sian pokcok2 KPDNKK. siap bergambor lagi..last2 habok pun tarak..wakakaka .amik lah kesempatan Neelofa oiì..mana tahu kot2 saper pekerja Utusan ada kucing yg comel bagi kt ko Neelofa untuk temankan Neelofa ckp gan kucing sorang2…
ifa rasuah
August 21, 2019 at 1:17 am
hmmm… kesian juga.. tp apa bole buat, tu la hidup.. adakalanya kita di atas.. adakalanya kita dibawah… dlu masa umno berkuasa dan terbaca berita2 dalam utusan ni kdg menyampah juga bila politik jadi modal utama.. kdg pernah juga doa yg paper ni suatu hari nt lingkup…mmmmm
Farhan Azizan
August 20, 2019 at 7:40 pm
HARI JADI AKU YANG KE-35 TAHUN ESOK NAMPAKNYA PALING MENGEJUTKAN APABILA KEDUA-DUA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA DAN KOSMO AKAN MENAMATKAN RIWAYAT MEREKA ESOK HARI! SELAMAT HARI JADI DARIPADA SAYA!
FB: Orked Farhan