“Balalah Kau, Saya Takkan Ampunkan” – Diva AA Muat Naik Status Mengaibkan, Aishah Beri Amaran Keras

Hiburan

“Balalah Kau, Saya Takkan Ampunkan” – Diva AA Muat Naik Status Mengaibkan, Aishah Beri Amaran Keras

Penyanyi Aishah Ali memberikan amaran keras kepada personaliti TV Azwan Ali yang lebih mesra disapa sebagai Diva AA gara-gara status yang dimuat naik oleh hos itu.

Aishah berkata dia sudah lama bersabar dengan tohmahan negatif yang keluar daripada mulut Azwan Ali.

Advertisement

Namun begitu, kesabaran penyanyi lagi Janji Manismu itu sudah mula hilang apabila Azwan mula menyentuh hal berkaitan keluarganya.

Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi tidak habis-habis dengan kata nista. Kali ini saya mengambil serius kerana dia mencuit keturunan dan keluarga.

Kalau anda rasa boleh lepas di mahkamah dunia, saya beritahu kamu Insya-Allah pembalasan akan sampai. Kali ini anda sudah terlalu melampau.

Tambahnya lagi, dia tidak akan memaafkan Azwan di atas keterlanjuran kata dan berdoa agar hos itu diberi balasan yang setimpal oleh Allah S.W.T.

Saya tidak akan ampunkan anda kerana menghina keturunan saya. Balalah kepada kau Azwan Ali.

Terdahulu, Azwan Ali ada memuat naik status di media sosial di mana ada berkaitan dengan penyingkiran penyanyi itu di All Stars Gegar Vaganza pada malam Ahad lalu.

Azwan Ali

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aishah
7 months ago

"Kenapa Saya Dinilai Teruk, Hanya 43.75 % Saja?" - Aishah Rasa Tak Buat Sebarang Kesalahan, Tak Takut Berkata Benda Betul Di Pentas ASGV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...