Penyanyi Aishah Ali memberikan amaran keras kepada personaliti TV Azwan Ali yang lebih mesra disapa sebagai Diva AA gara-gara status yang dimuat naik oleh hos itu.
Aishah berkata dia sudah lama bersabar dengan tohmahan negatif yang keluar daripada mulut Azwan Ali.
Namun begitu, kesabaran penyanyi lagi Janji Manismu itu sudah mula hilang apabila Azwan mula menyentuh hal berkaitan keluarganya.
Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi tidak habis-habis dengan kata nista. Kali ini saya mengambil serius kerana dia mencuit keturunan dan keluarga.
Kalau anda rasa boleh lepas di mahkamah dunia, saya beritahu kamu Insya-Allah pembalasan akan sampai. Kali ini anda sudah terlalu melampau.
Tambahnya lagi, dia tidak akan memaafkan Azwan di atas keterlanjuran kata dan berdoa agar hos itu diberi balasan yang setimpal oleh Allah S.W.T.
Saya tidak akan ampunkan anda kerana menghina keturunan saya. Balalah kepada kau Azwan Ali.
Terdahulu, Azwan Ali ada memuat naik status di media sosial di mana ada berkaitan dengan penyingkiran penyanyi itu di All Stars Gegar Vaganza pada malam Ahad lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.