October 5th, 2018

Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie diarah untuk membayar ganti rugi berjumlah RM80,000 atas segala penderitaan yang ditanggung oleh bekas isterinya, Rozana Misbun berikutan kes pukul yang terjadi kira-kira empat tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 28 September lalu telah menghakimkan ganti rugi am sebanyak RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan kos sebanyak RM10,000 untuk dibayar oleh Awie kepada pihak Rozana.

Advertisement

Rozana sebelum ini telah memfailkan saman sivil terhadap Awie untuk menuntut ganti rugi kerana mengalami kecederaan yang agak teruk iaitu lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri,lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung. Manakala tulang rusuknya juga retak.

Bukan itu sahaja, Rozana turut menuntut kos rawatan di hospital selain perasaan malu yang terpaksa beliau tanggung akibat daripada perbuatan bekas suaminya itu.

Pada 7 Mac 2016, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara baik dimana Awie harus membayar kompaun sebanyak RM 10,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, sebelum itu beliau tetap tidak mengaku bersalah mencederakan Rozana di kediaman mereka, namun Awie elah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014 dan telah didakwa atas kesalahan tersebut.

Sumber Berita & Foto : mStar Online

Advertisement

27 responses to “Kes Pukul Bekas Isteri : Mahkamah Perintah Awie Bayar Ganti Rugi RM80,000”

  1. euww says:

    OBVIOUSLY ORANG YANG KOMEN SINI TAK TAHU KES.
    INI BOLEH CONSIDER KES DERA KE ? NOPE.
    SELAMA NI ELOK BAHAGIA. CUMA SEKALI TU AWIE NAIK ANGIN TAK DAPAT KAWAL SEBAB ???

    SI BINI GUNA DUIT SIMPANAN ANAK RATUS RIBU UNTUK BERJOLI BELI HANDBAG MAHAL. BERLAGAK KAYA DEPAN ORANG, PADAHAL ABES SEMUA DUIT LAKI DIHABISKAN. KO RASA ??

    NASIB BAIK PATAH HIDUNG JE. BURUK SANGAT PERANGAI.

    • euww says:

      DAN JANGAN LUPA, AWIE JUMPA BANYAK BENDA BERBUNGKUS KAIN KUNING DISOROK DI DALAM RUMAH.

      UNTUK TUJUAN APA ?? SENDIRI BOLEH FIKIR.

    • cLn says:

      Btol..tau jgk kes ni…Awie pukul sbb geram kena tipu..bukti watsapp sumer ade..dah kantoi dia nk jual blk semua beg tu..tu yg Awie bwk gi PNB tgk2 duit dh kosong..hangin laaa..

    • minah jambu say NO to drugs says:

      memang dia pompan jahanam mate duitan dngan laki sendiri belen duit tingal RM200 sape tk naik angin ape lagi bedal lah sampai bokop padan la muka yg tk jambu tu huh !! pastu nak salahkn laki hentam muka dia ..tengok la prangai tu sikit betol ke tk betol pencuri !!! lepas cerai ngan awie sape pulak laki kau ? ada orang nak ke ? huhu jantan pon takot nak dekat….

    • Wekkkkkkk says:

      Awie tak menilai dari awal siapa bini dia ni. Org yg sggup pchkn rmhtangga org…itulh balasanya. Awie buta mata masa bkawan..terus stuju nikh ke thai dn rmhtangga goyah dgn yg prtama.
      Last2 skrg baru tahu….balasan utk memasing punya kisah.
      Lantaklh korang..yg penting jgn berbunuhan.
      Tapi walaupun pengakhirannya mcm itu..dpt pulak tu pampasan 80 ribu…hairan.

    • Nad says:

      Still does not justify domestic violence. Belajar agama tak? Dalam Quran ada bagi guideline untuk mendidik isteri. Malang la sapa yang kawin dengan euww nih.

  2. tutki says:

    tanya diri ko sendiri kenapa bila kau buat benda pelik ok pelik aku?itulah manusia…

Loading...