October 5th, 2018

Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie diarah untuk membayar ganti rugi berjumlah RM80,000 atas segala penderitaan yang ditanggung oleh bekas isterinya, Rozana Misbun berikutan kes pukul yang terjadi kira-kira empat tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 28 September lalu telah menghakimkan ganti rugi am sebanyak RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan kos sebanyak RM10,000 untuk dibayar oleh Awie kepada pihak Rozana.

Rozana sebelum ini telah memfailkan saman sivil terhadap Awie untuk menuntut ganti rugi kerana mengalami kecederaan yang agak teruk iaitu lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri,lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung. Manakala tulang rusuknya juga retak.

Bukan itu sahaja, Rozana turut menuntut kos rawatan di hospital selain perasaan malu yang terpaksa beliau tanggung akibat daripada perbuatan bekas suaminya itu.

Pada 7 Mac 2016, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara baik dimana Awie harus membayar kompaun sebanyak RM 10,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, sebelum itu beliau tetap tidak mengaku bersalah mencederakan Rozana di kediaman mereka, namun Awie elah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014 dan telah didakwa atas kesalahan tersebut.

Sumber Berita & Foto : mStar Online


27 responses to “Kes Pukul Bekas Isteri : Mahkamah Perintah Awie Bayar Ganti Rugi RM80,000”

  1. Lair says:

    Ok lah…nasib baik dapat pampasan…Awie patut kena penjara kerana pukul teruk gitu ..

  2. Noname says:

    You have to pay for your baran..
    Klu prmpuan yg baran n cederakan…dh tentu kluar la ayat..ahli neraka la..
    Masa suka lupa anak dn isteri yg cantik..(terpisah dgn anak)
    Masa marah kau lanyak dpn publik..retak hidung n rusuk..huh..
    Patut claim bnyak lagi..
    Luckily masih diterima dlm industri…
    Semua org ada kelemahan…belajar dari kesilapan..

  3. Anonymous says:

    Mcmana hilang sabar pun dgn isteri, wahai lelaki yg gagah lg perkasa..anda kena igt bahawa isteri bukan LAWAN kamu. sah2 la korg yg kuat akan menang!!

  4. Anonymous says:

    Datuk Awie pejam sebelah mata je tu byr, duit bonus dh dpt hasil lakonan dlm hantu kak limah..pandai ye mahkamah, lepas bonus baru kasi tahu..atau mgkn permintaan Awie.

  5. wekkkkkkk says:

    itulah padahnya..”nikah di sempadan”…pasti berakhir dgn kegelapan.
    Sedarlh sikit kepada mereka2 yg menikah di sempadan tu, nasib anda akan menyusur.

    * siapa mkn cili dia yg terasa pedas*.

Loading...