Pernah tampil dengan single Abang Nak Tegur duet bersama seorang lagi usahawan kosmetik iaitu Nur Sajat, bakat nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dikecam teruk oleh netizen.
Lebih sadis lagi, Aliff sudah melabur jutaan ringgit untuk menjalani penggambaran di luar negara tetapi muzik video lagu tersebut dilabelkan sebagai video yang mendapat jumlah ‘dislike’ terbanyak.
Menjawab soalan netizen menerusi Ask Me Question di Instagram, Aliff memberitahu beliau berhasrat untuk mengembangkan bakat nyanyiannya di luar negara kerana orang Malaysia tidak menghargai bakatnya.
Anda rasa Aliff mampu atau tidak menarik perhatian produser ataupun komposer di luar negara? Kata orang kalau ada banyak duit pasti semua impian boleh tercapai. Sama-sama kita nantikan single terbaru beliau nanti.

norma
July 29, 2018 at 2:09 pm
Ye lah tu, cara mudah nak habiskan kekayaan yg ada, duit banyak keluar, bakat tak sebanyak mana, kena telanlah kat jerung.
wekkkkkkk
July 27, 2018 at 3:23 pm
sian pulak datuk ni…beli kereta ferari rm1.8 juta terbakar pulak di Plaza tol sunway..tapi masih bersyukur Datuk selamat…mcm mana dgn org yg menyewa ferari ru..hrp2 selamatlah.
“syukurlah datuk anda masih selamat”