Bakat Tak Seberapa, Tapi Duit Banyak. Punca Wujudnya Fesyen Merepek?

Trending

Bakat Tak Seberapa, Tapi Duit Banyak. Punca Wujudnya Fesyen Merepek?

Transformasi fesyen antara yang terpantas bergerak dan mampu menjana pendapatan berganda, membuatkan ramai mahu mencuba nasib walaupun sedar tidak mempunyai bakat.

Advertisement

Adakah ini punca utama ramai wanita di Malaysia menjadi mangsa fesyen, sehingga menghasilkan rekaan yang kononnya “di luar kotak” kerana mahu bereksperimen?

Pensyarah Fakulti Senireka Fesyen Kolej Komuniti Temerloh, Fara Azeerin Abdul Karim berkata industri fesyen didominasi golongan berduit yang tiada pengetahuan fesyen.

“Dalam hal ini, pengguna tidak boleh disalahkan. Saya faham, transformasi dalam berfesyen memang pantas namun harus diingat, pereka mahupun peniaga usah buat kerja ‘tangkap muat’ dalam mempersembahkan kreativiti anda.

“Trend hari ini memang tak terkejar namun jangan sampai keliru dengan identiti. Saya lihat ramai pereka muda yang menghasilkan rekaan pelik sehingga saya sendiri tertanya sama ada baju sebegini siapa yang berani menyarungnya?” soalnya.

Fara yang berpengalaman menata rias pemakaian selebriti TV berpendapat pereka muda perlu menonjolkan fesyen realistik dan bukan rekaan mengikut perasaan.

“Rekaan seharusnya masuk akal dan berpijak di bumi nyata. Fesyen masa kini dilihat semakin merepek menular ke semua peringkat. Trend lilitan selendang sehingga lupa tujuan asal berhijab. Kadang-kadang orang kita terlupa berhijab merupakan satu tuntutan bukannya trend semata-mata,” luah beliau.

Mengakui industri fesyen mampu memberi pulangan berganda, beliau tidak menafikan kehadiran segelintir pereka “berpengaruh” namun tiada bakat ini bakal membawa kesan buruk dalam jangka masa panjang.

“Golongan berduit yang cuba mencipta nama dalam industri ini sedikit sebanyak memberi saingan kepada pereka yang memiliki bakat sebenar.

“Tidak salah jika mereka mahu berada dalam industri namun harus ingat, mereka juga perlu mempunyai pengetahuan untuk menjahit, penggunaan material yang sesuai, jenis bentuk badan pemakai serta ketepatan ukuran.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...