“Bakat Sahaja Tak Cukup..” Syafeek Ikhwan Kongsi Gambar Tayang Badan, Pakai Tuala Untuk Popular

Hiburan

“Bakat Sahaja Tak Cukup..” Syafeek Ikhwan Kongsi Gambar Tayang Badan, Pakai Tuala Untuk Popular

Penyanyi baru, Syafeek Ikhwan yang merupakan juara pertandingan nyanyian i-Sing Dunia pada tahun 2018 yang lalu mengakui dirinya masih ‘hijau’ dalam industri hiburan dan memerlukan ‘formula lain’ untuk lebih dikenali orang ramai.

Syafeek IkhwanSumber : Instagram Syafeek Ikhwan  

Berikutan itu, tindakan beraninya yang berkongsi gambar dan video tidak berbaju di media sosial ternyata telah berjaya menarik perhatian netizen.

Advertisement

Dia yang ditemui media berkata, dia sedar bahawa namanya masih belum dikenali dalam industri lalu telah mendorongnya untuk mencari alternatif lain bagi meraih populariti.

“Cari publisiti murahan itu tak timbul..tapi ia mungkin untuk mendapatkan lebih perhatian. Persaingan dalam industri seni terutamanya muzik sangat kuat dan bakat semata-mata tidak cukup.”

Penyanyi lagu Penjara ini juga menegaskan bahawa dia memerlukan sesuatu persona untuk menarik perhatian orang untuk mendekati dengan lebih dekat lagi siapa Syafeek Ikhwan.

Syafeek yang menjuarai pertandingan berprestij yang berlangsung di Paris, Perancis itu dilaporkan telah menewaskan 44 peserta dari seluruh dunia.

Membawakan lagu Kau Kekasihku nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Syafeek juga pernah menjadi juara Pujaan RTM pada tahun 2015 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...