Bakar Harta Awam, Rakyat Indonesia Merusuh Bantah Undang-Undang Tenaga Kerja

Trending

Bakar Harta Awam, Rakyat Indonesia Merusuh Bantah Undang-Undang Tenaga Kerja

Beberapa daerah termasuk Jakarta, Lampung, Bandung, Tangerang, Makassar, Yogyakarta dan Surabaya, Indonesia kini kecoh apabila rakyatnya dikatakan tidak berpuas hati dengan undang-undang bari tenaga kerja.

Advertisement

Menurut laporan The Star, himpunan demonstrasi tersebut melibatkan golongan mahasiswa dan Persatuan Buruh Indonesia.

Difahamkan, demontrasi itu dilakukan demi membantah undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja yang diluluskan Parlimen Indonesia pada Isnin lalu.

Kredit – Reuters

Hal ini demikin kerana, Omnibus Law Cipta Kerja dikatakan mengabaikan hak pekerja seperti pengurangan kos pampasan terhadap pekerja yang diberhentikan, pengurangan cuti tahunan, pembatalan peraturan gaji minima dan pindaan berkaitan peraturan pekerja kontrak.

Lebih perit, selepas kehadiran pihak polis untuk meleraikan perhimpunan tersebut, demonstrasi yang berlaku bermula jam 10.00 pagi pada 8 Oktober 2020 itu mula kecoh.

Namun demikian, perhimpunan tunjuk perasaan itu juga dikatakan telah berlaku sejak Isnin lalu lagi dan sudah memasuki hari ketiga.

Biarpun pihak polis bertindak meleraikan perhimpunan tersebut dengan melemparkan gas pemedih mata dan semburan air, namun ia menjadi lebih teruk selepas mereka bertindak membakar pondok polis, merosakkan harta benda awam dan membaling objek batu serta ‘molotov coctail’ kepada anggota polis berkenaan.

Terbaru, pendedahan dari sumber yang sama juga mendapati, kira-kira 1000 orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut telah ditangkap pihak polis. Malah, lebih 400 orang pelajar juga terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Rentetan kejadian, pihak kerajaan juga kini dikatakan bimbang andai jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat susulan demontrasi ini.

Sumber: The Star, Astro Awani, Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...