Bakar Diri Sebab Kecewa ‘Ex’ Ada Pengganti, Pemuda Dilaporkan Meninggal Dunia

Berita

Bakar Diri Sebab Kecewa ‘Ex’ Ada Pengganti, Pemuda Dilaporkan Meninggal Dunia

Tular pada hari semalam sebuah video yang memaparkan seorang lelaki terbakar hampir keseluruhan badannya, lalu berjalan dengan api yang sedang marak di badan serta keretanya yang berlaku atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintang, Kangar, Perlis.

Pada mulanya, ramai yang mengingatkan kejadian tersebut merupakan insiden tanpa disengaja, rupa-rupanya didakwa dia sengaja membakar diri sendiri akibat kecewa bekas kekasih kini sudah memiliki teman lelaki baru.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, keluarganya sudah tampil memberi penjelasan dan mendapati individu lelaki terbabit merupakan pesakit psikiatri yang masih dalam rawatan sebagai pesakit luar.

Tambahan lagi, lelaki berusia 28 tahun itu sudah beberapa melakukan cubaan membunuh diri dan kejadian pertama berlaku pada Januari lalu apabila mangsa mengelar kedua-dua tangannya, namum berjaya diselamatkan oleh keluarga.

Dalam pada itu, bapa mangsa juga memberitahu kepada Wari bahawa anaknya sebelum kejadian, memaklumkan kepada bapanya pada jam 8.45 malam bahawa mangsa sudah terminum petrol dan kemudiannya membawa satu botol berisi petrol sambil menaiki kereta Perodua Axia.

Perkembangan terkini, mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan berita duka itu dimaklumkan oleh Superintendan Wari Kiew.

terbakar
3 years ago

(VIDEO) "Rakam Dulu Tolong Kemudian" - Netizen Berang Mangsa Kebakaran Tidak Dibantu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...