Bakal Tunaikan Haji Tahun Ini? Jangan Lupa Untuk Bawak 5 Barang Berguna Ini

Hiburan

Bakal Tunaikan Haji Tahun Ini? Jangan Lupa Untuk Bawak 5 Barang Berguna Ini

Tidak lama lagi, musim haji akan tiba. Abang Nara percaya pasti ada pembaca BeautifulNara yang dimurahkan rezeki untuk menunaikan ibadah yang amat dituntut oleh Islam pada tahun ini. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kerana menjadi mereka yang terpilih untuk menjadi tetamuNya.

image

suatu hari nanti Insya Allah Abang Nara pun akan jejakkan kaki ke sini

Sudah tentu banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda terbang ke Mekah untuk melakukan haji. Fizikal kena kuat, mental kena kukuh, rukun-rukun haji perlu dihafal, amalan sunnah harus dipertingkatkan dan macam-macam lagilah. Kali ini, Abang Nara nak ingatkan anda semua tentang beberapa barang berguna yang PERLU dibawa untuk memudahkan lagi anda melakukan ibadah ketika berada di Mekah. Barang-barang nie simple je sampai kadang-kadang tak terfikir pun nak diletakkan di dalam beg akan tetapi memang amat BERGUNA sekali. Barang-barangnya ialah:-

Advertisement

1. Minyak angin
image

Sakit kepala adalah perkara biasa apabila kita berada di luar negara, lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang jauh berbeza dengan Malaysia. Jangan dibiarkan sakit kepala berterusan. Pastikan sentiasa ada minyak angina di sisi. Bila mula je rasa kepala nak sakit, terus lumurkannya untuk kelegaan segera. Barulah kita dapat tumpukan 100% perhatian untuk beribadah.

2. Cermin mata hitam

image
Sekiranya masjid penuh ketika solat Zuhur dan Asar dan anda terpaksa sembahyang di luar masjid, cermin mata hitam ini adalah amat penting. Ini kerana mata anda tidak akan dapat dibuka akibat matahari yang terlalu terik apabila bersolat di luar masjid. Dengan adanya cermin mata, barulah anda akan dapat melihat seperti biasa.

3. Produk penjagaan kulit

Kulit kering adalah satu masalah biasa yang terjadi kepada mereka yang menunaikan haji, terutamanya dengan cuaca panas di Mekah. Apabila kulit kering, pelbagai masalah kulit akan timbul seperti kegatalan, mudah terluka, ketumbuhan jerawat, panau dan sebagainya. Ada beberapa produk penjagaan kulit yang boleh membantu memastikan kulit kita berada di dalam keadaan optimum ketika menunaikan ibadah haji. Salah satunya ialah Bio-Oil.

image
Bio-Oil adalah produk penjagaan kulit yang mempunyai pelbagai kegunaan. Dijamin halal, Bio-Oil memastikan kulit kita sentiasa terhidrasi dan lembap sekaligus mengelakkan kulit kita merekah, menggelupas atau kekeringan. Untuk makluman, tumit kaki merekah adalah satu masalah yang sering berlaku ketika menunaikan haji. Bio-Oil boleh digunakan untuk merawat masalah ini. Cuma perlu lumurkan Bio-Oil di tumit kaki anda dan Insya Allah akan nampak impaknya dalam sekelip mata.

Boleh juga digunakan oleh wanita hamil, saiz Bio-Oil yang pelbagai memudahkan lagi untuk mereka yang menunaikan membawanya ke mana-mana. Letak je dalam beg sandang anda dan bila terasa kulit semakin kering, terus gunakan Bio-Oil untuk memastikan kulit anda kekal lembap. Insya Allah kalau digunakan secara berterusan ketika berada di Mekah, tiada sebarang masalah kulit akan timbul. . Paling PENTING, Bio-Oil sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Terbaik kan? Bio-Oil boleh didapati kesemua farmasi seluruh Malaysia dan juga boleh dibeli secara online di sini.

image

4. Vitamin

Pastikan juga anda tidak lupa untuk membawa multi-vitamin seperti vitamin C dan vitamin B-kompleks di dalam bagasi anda ke Mekah. Seperti yang kita sedia maklum, ibadah haji menuntut tenaga yang banyak. Jadi dengan adanya 3 supplemen ini, kita akan mendapat bekalan tenaga yang secukupnya dan mengekalkan kesihatan untuk memastikan kita mampu melakukan rukun haji tanpa sebarang masalah. Kalau tak tahu nak beli vitamin jenis apa, boleh tanya kepada mereka yang menjaga kaunter di farmasi. Nanti diorang akan cadangkan vitamin-vitamin yang sepatutnya.

image

5. Beg sandang

image
Kebiasaannya beg sandang ini akan disediakan oleh syarikat yang menguruskan pemergian anda ke Mekah. Namun sekiranya tiada, anda WAJIB membawanya kerana ia bakal memudahkan segala urusan. Di dalam beg sandang inilah anda akan letakkan segala apa yang penting seperti passport, Bio-Oil, cermin muka kecil dan air kosong.Pastikan juga anda tidak tersilap letak beg sandang ini semasa berada di Mekah. Cara terbaik ialah dengan memastikan ia sentiasa digantung di leher anda setiap masa. Insya Allah selamat punya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...