Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bakal Tunai Umrah, Uqasha Senrose Mahu Doa Jodoh Depan Kaabah

Bakal menunaikan ibadah umrah pada 26 Disemberi ini bersama ibu dan dua adiknya, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose, pelakon Uqasha Senrose mahu berdoa agar menjadi seorang insan yang lebih baik daripada sebelumnya serta dapat dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Advertisement

Saya mahu berdoa semoga dipertemukan jodoh dan menjadi insan yang lebih baik di depan Kaabah nanti. Sebenarnya, sudah banyak kali mama mengajak saya untuk buat umrah tetapi saya tidak bersedia sebelum ini.

Pelbagai perasaan berbaur antaranya takut dan gementar tapi saya kuatkan hati kerana ibadah umrah bukannya berat seperti ibadah haji. Berkat sokongan keluarga, akhirnya hati saya terbuka untuk menunaikan ibadah umrah ini dan semoga ia dipermudahkan di sana nanti.

Sudah menjadi kebiasaan dan harapan ramai jika seseorang itu pulang dari Tanah Suci mereka haruslah tampil dengan imej baru yang lebih sopan dan bertudung. Bila ditanya soal itu, Uqasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Saya tahu peminat akan jangka yang macam macam bila saya buat ibadah umrah tetapi saya mahu fokus pada ibadah dan tidak mahu memikirkan perkara itu kerana doa saya untuk menjadi orang yang lebih baik selepas ini.

Advertisement

Semoga Uqasha sekeluarga selamat pergi dan balik serta dipermudahkan dalam segala urusan untuk menunaikan ibadah umrah.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 Comments

  1. Faraj

    December 18, 2018 at 7:35 pm

    Dh 7 lautan ko cari saudagar tu hilang… baru ko ingat Tuhan .!! apa punys org ler ko ni..Uqasha Senrose….

  2. Nini

    December 18, 2018 at 4:11 pm

    Semoga diberi hidayah n istiqomah dlm Iman utk mengharungi hidup yg fana ini.niatkn dulu berziarah n bila disana baru niat mengerjakn Umrah baru dpt keberkatan, sb kau belum pernah menunaikn haji.. sebaik2nya begitulh…Aamiin…

  3. Anonymous

    December 18, 2018 at 3:38 pm

    pelik la aku. dulu2 nak tgk yg bertudung pon susah, nak tgk drama islamik jauh sekali. nak tgk fesyen muslimah …oiii! payah!

    tp zaman sekarang, yg bertudung-bersepah, drama islamik – berkenyah, di mulut manusiawi terutama artis2 tak putus2 sebut perkataan ‘ hijrah, kaabah, tuhan, doa, bla..bla..bla’ p haji n umrah mcm p honeymoon, makan angin cuti sekolah uolls! tp tak jgk berubah2…pastu cakap ‘ hidayah milik Allah’. emmm…sungguh la, di akhir zaman byk sunggoh PENUNGGANG AGAMA.

    • Anon

      December 18, 2018 at 5:52 pm

      Sebabnya zaman ni byk sgt ustaz & ustazah segera yg sgt2 judgemental. Ramai pakai tudung sebab x tahan dgn tekanan, bukan sebab ikhlas. Apa kalau tak pakai tudung x boleh gi umrah or haji ke? Perjalanan hidup manusia x sama. Org2 judgemental macam korang ni la yg membuatkan islam itu menakutkan.

    • Anonymous

      December 18, 2018 at 6:41 pm

      Komen kaupun tanda2 manusia akhir zaman

    • Anonymous

      December 18, 2018 at 6:43 pm

      Komen kopun dah tanda2 manusia akhir zaman

    • Anonymous

      December 19, 2018 at 9:13 am

      kan…..yg artis ni jgk yg didewa2kan

  4. cikgebugebas

    December 18, 2018 at 2:47 pm

    Alhamdullah. Semoga menjadi muslimah sejati.

  5. Anonymous

    December 18, 2018 at 2:29 pm

    Alhamdulillah dpt gi sane. Tpi ge sana skdr nk doa nk dpt jodoh je ke.

    • Anonymous

      December 19, 2018 at 9:18 am

      baguslah nk doa dpt jodoh yg baik2… tp doalah juga utk lebih muhasabah dan perbaiki diri…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top