December 18th, 2018

Bakal menunaikan ibadah umrah pada 26 Disemberi ini bersama ibu dan dua adiknya, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose, pelakon Uqasha Senrose mahu berdoa agar menjadi seorang insan yang lebih baik daripada sebelumnya serta dapat dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Saya mahu berdoa semoga dipertemukan jodoh dan menjadi insan yang lebih baik di depan Kaabah nanti. Sebenarnya, sudah banyak kali mama mengajak saya untuk buat umrah tetapi saya tidak bersedia sebelum ini.

Pelbagai perasaan berbaur antaranya takut dan gementar tapi saya kuatkan hati kerana ibadah umrah bukannya berat seperti ibadah haji. Berkat sokongan keluarga, akhirnya hati saya terbuka untuk menunaikan ibadah umrah ini dan semoga ia dipermudahkan di sana nanti.

Sudah menjadi kebiasaan dan harapan ramai jika seseorang itu pulang dari Tanah Suci mereka haruslah tampil dengan imej baru yang lebih sopan dan bertudung. Bila ditanya soal itu, Uqasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Saya tahu peminat akan jangka yang macam macam bila saya buat ibadah umrah tetapi saya mahu fokus pada ibadah dan tidak mahu memikirkan perkara itu kerana doa saya untuk menjadi orang yang lebih baik selepas ini.

Semoga Uqasha sekeluarga selamat pergi dan balik serta dipermudahkan dalam segala urusan untuk menunaikan ibadah umrah.

Sumber Berita : Harian Metro


15 responses to “Bakal Tunai Umrah, Uqasha Senrose Mahu Doa Jodoh Depan Kaabah”

  1. Uqasah boring says:

    Perlu bagitahu semua orang nak doa apa? Um ok next

  2. syafiqhaters says:

    Syafiqah aina gedikkk

  3. faraj says:

    kalau balik Umrah tk jumpa gk Jodoh.!! ” Apa kata awak jadi Bohsia jrrr”…!!

  4. joy yah says:

    ingat…umrah bkn tmpt melancong…hrp balik berubah la…skrg ni trend g umrah selfi cm melancong..ms kat sana beria berpurdah bagai…balik umrah tetek segala korg tjk…patut beruntung bab bkn semua org mampu g walo umrah…

  5. nadia says:

    semoga uqasha dapat umrah yg mabrur..who knows die balik umrah nnt boleh berubah lebih baik dari kita..doakan yg baik2 aje..semoga kita2 ni pun Allah panggil kesana nnt.

Loading...