Written by AbangNara | August 28th, 2014

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Bade tampil untuk menjelaskan status perkahwinannya dengan Erma Fatima. Kalau selama ini hanya Erma sahaja yang tampil membuat penafian mengenai desas-desus penceraian antara mereka, kali ini Bade juga menjelaskan yang dirinya masih lagi suami kepada Erma. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati dan tiada lagi khabar angin mengenai penceraian 2 pengarah hebat ini.

bade erma

Abang Nara juga ingin ucapkan tahniah kepada Bade yang bakal menimang cahaya mata dengan isteri keduanya tidak lama lagi. Semoga dengan kehadiran si comel ini, bukan sahaja akan mengeratkan hubungan Bade dan isteri kedua, malah Bade dan Erma juga. Kata Bade mengenai status perkahwinannya dengan Erma:-

Tiada apa yang saya boleh kata kan. Macam yang biasa kita dengar orang cakap, no comment”. Bagi saya dan Erma, kami ni dah season (orang lama). Kami sudah masak dengan gosip dan khabar angin sebegini. Erma memang sifatnya suka bercakap, ada kalanya dia suka bergurau dan provok.

Saya pula, banyak hati yang perlu saya jaga. Bukan senang nak jaga hati semua orang. Jadi saya memilih untuk berdiam. Sebelum ini pun saya hanya buat satu kenyataan saja iaitu pengakuan yang memang saya berkahwin lagi.

Saya akui tertekan juga bila timbul cerita (gosip cerai) begini. Tapi releks saja lah dan tekanan itu saya simpan sendiri. Kalau ada yang kata saya kahwin lagi satu kerana nakkan anak, itu orang yang cakap bukan saya. Apa yang orang nak cakap, saya tak boleh nak halang.

Tapi, jangan lah dengar cakap orang atau pun apa-apa gosip. Saya masih lagi suami dia (Erma). Saya masih tetap jalankan tanggungawab saya. Erma dah jumpa Aida. Anak-anak juga sudah jumpa. Cuma mereka belum betul-betul dapat bermesra lagi antara satu sama lain sebab belum dapat betul-betul meluangkan lebih masa kerana masing-masing sibuk dengan kerja.

bade

Diharap Bade terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada kedua-dua isterinya dengan adil dan saksama. Abang Nara percaya Bade seorang yang bertanggungjawab dan tidak akan melupakan isteri pertama walaupun sudah berkahwin dua. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Bade kerana bakal menimang cahaya mata. Semoga segalanya dipermudahkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Bakal Timang Cahaya Mata, Bade Masih Suami Erma Fatima

  1. emma says:

    Tahniah bade…semoga sentiasa berlaku adil

    0

    0
  2. whatever says:

    Just ignore whatever gossip… Let them talk until they get tired…

    “Gossiper just can’t live without gossiping”… :P

    0

    0
  3. SALINAKOMEZ says:

    kenapa dgn membaca tajuk, aku ingt erma yg pregnant. aherher

    0

    0
  4. jejai says:

    erma…walau apapn dugaan, aku harap ko bersabar la erma, dah lama sgt allah swt bg ko kebahagian… skali skali je kot allah swt duga ko dengan ujian ni, dulu masa ko bahagia kdg2 mgkin ko lupa nak bersyukur dgn allah swt jadi bila allah swt duga ujian yg kecil bersabarlah, jgn la berdukacita…nikmat ko memberi suami ko kawin 2 pun dh besar sgt pahalanya erma cuma ko je x nmpk hikmah tu lg…sabar la erma, walau pedih, anggap la dugaan hidup ni sbagai kifarah di atas kesalahan yg ko lakukan dulu….moga ko terus bahagia erma

    0

    0
  5. ... says:

    JAWAPAN BADE TERBAEKKKK .

    0

    0
  6. anon says:

    Bade ade sebab yg kuat utk kawin lain disamping dia mampu zahir batin. Sape yg tak nak anak dari darah daging sendiri. mmg betol boleh ambik anak angkat, tapi rase tak sama wlpn kita mampu menyayangi anak angkat tapi tak sama. Kita nak jugak anak sendiri. Tapi kalau yg mmg dah ade anak lelaki & perempuan tapi gatal jgk nak kawin tu tak tau lah. Masing2 lah. Hmm…tapi dr dulu mmg nampak mcm tak padan erma dgn bade ni sb bade ni hensem & erma biasa2 je. Anyway congrats bade sb dah nak dpt anak… and erma, tabahkan hati. ….its not the end of the world.
    Tuhan bagi dugaan kat kita bukanlah kerana kita pernah membuat kesalahan di masa lalu pun, esp kes erma ni. Kalau suami kawin lain, mungkin dah tertulis jodoh dia dgn org lain sejak azali lagi….

    0

    0
    • PI says:

      kalo bade nk anak sendiri, erma pula mcmana, takkan la dia xde perasaan nk anak sendiri kot? rs mcm komen kat atas ni berat sebelah, sorry to say. padan ke tidak mereka bukan urusan orang lain sbb tak semestinya kalo dua2 padan akan bahagia. mungkin erma biasa2 sahaja tp ada kelebihan dia yg lain yg bade nampak

      0

      0
    • hmmmmm says:

      Perlu ke membanding-banding anon? Cuba la ada sifat empati sikit. Kalau anda di tempat Erma agak-agak apa perasaan anda? Oh anda mesti tak kisah. Sebab anda manusia tabah..hmmmmmmmmmmm

      0

      0
  7. ramleeposmen says:

    Bade , u r so sweet…………. Erma, your path to heaven will be going smooth. In Sha Allah. May Allah bless both of you & family. Amiin.

    0

    0
  8. nurin says:

    Alhamdulillah, jawapan yg sgt bijak dari Bade. Sungguh mulia hati Erma kerana membenarkan suami berkahwin lagi. Bukan calang2 orang dapat berada di tempat Erma. Lumrah hidup, tiada seorang wanita yang normal pun sanggup berkongsi suami dan saya percaya, kalau tanya pada isteri no 2 Bade pun, saya rasa beliau pun tidak sanggup berkahwin dengan suami orang lain. Tapi, setiap apa yang ditakdirkan dalam hidup kita ni, tidak dapat kita lawan dengan kehendak Allah. Semoga mereka berbahagia dunia dan akhirat, amin..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Harap erma tabah untuk hadapi ujian ini. Apa-apa pun, bade tetap sayangkan erma. Orang yang selama ini berada di sisi bade di waktu susah dan senang adalah isteri pertamanya. Tak mungkin sayang itu akan pudar dengan begitu mudah. Semoga erma tak berputus asa dan teruskan menjadi isteri yang terbaik untuk bade. Setiap ujian tentu ada hikmahnya.

    0

    0