Bakal Timang Bayi Lelaki, Shukri Yahaya Dah Pilih Nama Anak

Hiburan

Bakal Timang Bayi Lelaki, Shukri Yahaya Dah Pilih Nama Anak

Mengakui sudah bersedia untuk menyambut kelahiran cahaya mata keduanya tidak lama lagi, pelakon Shukri Yahaya mendedahkan bayi lelaki yang bakal dilahirkan itu sudah punyai nama dan akan diumumkan kelak.

shukri yahaya dah ada nama anak lelaki

Advertisement

“Kita simpan dulu surprise ni, tunggu nanti baby dah keluar. Alhamdulillah semua kelengkapan sudah disediakan dari awal dan sudah tentu kami teruja, nama pun sudah ada.”

Menurut Shukri, semua persiapan telah dilakukan, malah menyatakan isterinya juga tidak mengalami alahan teruk sepanjang kandungan kedua, namun hanya emosi sahaja tidak menentu.

shukri yahaya dah ada nama anak lelaki

“Cuma bab emosi tu biasalah untuk perempuan. Mengandung atau tidak tetap ada emosi tapi tentang emosi tu saya berjaya tangani dengan baik.”

Sebelum ini, isterinya pernah keguguran Julai tahun lalu selepas disahkan berbadan dua pada bulan November 2019.

shukri yahaya dah ada nama anak lelaki

 

Untuk rekod, Shukri telah mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015, hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...