Penyanyi lagenda, Datuk Sheila Majid baru-baru ini telah berkongsikan sebuah berita gembira mengenai majlis pertunangan anak keduanya, Megat Abdul Rahman Majid Aziz yang difahamkan berlangsung pada 21 Disember lalu.
Berita tersebut telah dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram peribadi miliknya buat tatapan peminat.
Penyanyi lagu Sinaran ini turut memuat naik beberapa keping foto sepanjang majlis itu berlangsung. Dia turut menganggap majlis tersebut sebagai penutup tahun yang menggembirakan buat mereka sekeluarga.
View this post on Instagram
“Akhirnya, penutup menggembirakan buat tahun ini…”
Meninjau ruangan komen, Datuk Sheila Majid menerima ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis terkenal seperti Krisdayanti, Fazura, Anuar Zain dan ramai lagi.
View this post on Instagram
Sekadar info, Megat Abdul Rahman merupakan anak kedua Sheila hasil perkahwinan pertamanya bersama penerbit, Roslan Aziz. Manakala perkahwinan kedua Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim mereka telah dikurniakan dua orang perempuan iaitu Khadeja Zaireen,16, dan Khalefa Laila Murshim,14.