Bakal Temui Penonton Julai 2021, Tan Sri Michelle Yeoh Sah Bintangi Filem Adi Wira Marvel, Shang-Chi

Hiburan

Bakal Temui Penonton Julai 2021, Tan Sri Michelle Yeoh Sah Bintangi Filem Adi Wira Marvel, Shang-Chi

Pelakon hebat yang telah mencipta nama ke persada dunia, Tan Sri Michelle Yeoh tampil memaklumkan secara rasmi bahawa dirinya akan membintangi filem adi wira Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings.

Advertisement

Menurut laporan Gempak, ia sekali gus menjadikan beliau sebagai pelakon tempatan pertama yang tampil dalam filem Marvel Cinematic Universe.

Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Akhirnya, secara rasmi, saya akan menjadi sebahagian daripada Shang-Chi, filem adi wira Asia pertama. Terima kasih Marvel. Terima kasih kepada penerbit, para pelakon dan kru yang sentiasa memastikan kami selamat ketika situasi sukar begini.”

Difahamkan, Michelle akan memegang watak sebagai Jiang Nan dalam filem tersebut.

Bahkan, Michelle juga tampil menzahirkan rasa teruja untuk muncul bersama barisan pelakon lain yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

“Ia merupakan satu perjalanan yang sangat istimewa, perjumpaan semula bersama kawan-kawan lama, dan peluang untuk berjumpa kawan baru dan terinspirasi dengan bakat-bakat baru.”

Untuk rekod, Selain Michelle, filem itu juga akan menampilkan Awkwafina sebagai Katy, Simu Liu (Shang-Chi), Tony Leung (Wenwu), Meng’er Zhang (Xialing), Ronny Chieng (Jon Jon), Fala Chen (Jiang Li) serta Florian Munteanu (Razor Fist).

Filem Shang-Chi yang mengisahkan tentang seorang pelatih seni mempertahankan diri yang cukup hebat ini dijangka akan menemui penonton di pawagam pada 9 Julai 2021.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...