Meskipun jarang sekali melihatnya di mana-mana persembahan muzik dan media sosial, kerjaya seni penyanyi rap dan juga komposer salah seorang ahli kumpulan Too Phat, Malique Ibrahim masih berjalan rancak dan sentiasa mewarnai industri hiburan tempatan.
Bagi peminat yang sentiasa merindukan kemunculan mahupun ‘material’ baru dari penyanyi ini, Maliquq bakal tampil dengan lagu baru berjudul Dipinggirkan yang akan dinyanyikan oleh artis baharu yang dikenali sebagai Siqma.
Difahamkan lagu single terbaru ciptaan Malique itu bakal dilancarkan pada 20 November ini. Menurut Siqma, dia berasa teruja dan sangat gembira apabila berpeluang menyanyikan dan merakam lagu tersebut.
View this post on Instagram
“Lagu Dipinggirkan berkisar mengenai seseorang yang hampir berputus asa dan berasa seperti dipinggirkan dunia. Namun selepas melalui segala kesusahan dalam kehidupan, semangatnya mula bangkit dan pulih selepas menyedari ada sesuatu dan seseorang akan hadir untuk menemaninya,”
Serba sedikit mengenai Malique, lebih memilih untuk ‘menyendiri’, dia telahpun menghasilkan banyak karya yang berkualiti dan telah pun dipopularkan oleh ramai penghibur tanah air seperti M Nasir dan ramai lagi.
View this post on Instagram
Mula berkecimpung dalam medan seni sebagai seorang penyanyi Hip Hop bersama rakan duonya iaitu Joe Flizzow sejak tahun 1998, Malique memang dikenali sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu yang banyak bermain dengan gaya bahasa serta kesasteraan Melayu moden dalam kalangan peminat.
Sumber : Harian Metro