“Bakal Tak Ada Syarifah Tapi Ada Dayang..” – UAI Jawab Pertanyaan Syed Saddiq Tentang Perkahwinan ‘Syed & Syarifah’

Trending

“Bakal Tak Ada Syarifah Tapi Ada Dayang..” – UAI Jawab Pertanyaan Syed Saddiq Tentang Perkahwinan ‘Syed & Syarifah’

Baru-baru ini di platform TikTok, tular satu video memaparkan Ahli Parlimen, YB Syed Saddiq bertanyakan soalan kepada pendakwan, Ustaz Azhar Idrus mengenai perkahwinan sekufu.

Tanya soalan tentang berkahwin dengan keturunan Syed & Syarifah

Dalam video tersebut, dilihat Syed Saddiq bertanya tentang perkahwinan yang melibatkan individu yang berketurunan ‘Syed’ dan ‘Syarifah’.

Advertisement

Adakah perkahwinan itu lebih afdal jika mereka sama keturunan Syed dan Syarifah? Tapi yang saya faham, selagi orang itu orang Islam yang baik, maka tidak salah dari sudut hukum Islam.

Susulan ditanyakan soalan sedemikian, UAI memperjelaskan dahulu maksud sebenar perkahwinan yang sekufu.

Sekufu ini bermakna seorang bapa tidak boleh sebarangan memaksa anak perempuannya berkahwin dengan seseorang yang tidak sepadan dengannya. Jika tidak sepadan, tetapi pengantin perempuan setuju, maka sah. Jika tidak sepadan dan pengantin perempuan tidak setuju, maka perkahwinan itu tidak sah.

@stylefashionpv Soalan cepu cemas dari YB untuk UIA 🙊 #primavalet ♬ original sound – stylefashionpv

‘Bakal isteri ada Syarifah tak?’

Selepas itu, UAI baru memperjelaskan lebih terperinci mengenai perkahwinan di antara individu daripada golongan biasa dan individu berketurunan ‘Syed’ serta ‘Syarifah’.

Dalam kes Syed dan Syarifah, perkahwinan antara lelaki Syed dan wanita bukan Syarifah hukumnya harus dan tidak ada perbalahan isu dalam kalangan ulama.

Dalam pada sudah selesai memperjelaskan perkara tersebut, UAI sempat mengusik Syed Saddiq dengan bertanyakan sama ada bakal isterinya merupakan ‘darah’ Syarifah ataupun tidak.

PM tepi Ustaz, sebab tu saya tanya soalan ini.

Netizen teruja, tumpang gembira buat Syed Saddiq

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat Syed Saddiq tersipu malu apabila disakat oleh pendakwah terbabit tetapi turut tumpang gembira buat Syed Saddiq dan selebriti, Bella Astillah.

komen

bella astillah ayden
2025-07-08 16:23:41

Syed Saddiq Tak Henti-Henti Beri Semangat Ayden Sertai Triathlon, Mana Sokongan Daripada Bapa Kandung?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...