Selepas beberapa tahun hidup bersendirian, bergelar seorang ibu tunggal, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein bakal bertunang pada bulan ini.
Menghitung hari untuk tarikh istimewa tersebut, Elly terharu apabila bakal suaminya menghadiahkan sebuah kondominium sebagai hadiah pertunangan mereka. Bukan itu sahaja, tunangnya yang dikenali sebagai Azlan turut memberikan sejumlah wang untuk membeli kelengkapan sebagai persediaan hari bahagia mereka.
Meskipun teruja menerima hadiah tersebut, Elly bagaimanapun berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendiami rumah tersebut.
View this post on InstagramAdvertisement
Alhamdulillah, bakal suami berusaha membelikan rumah hasil titik peluhnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya berharap kemanisan ini akan berpanjangan.
Saya cukup terharu melihat kesungguhan bakal suami, terutama layanan baiknya terhadap saya dan anak, Putri Sara Sefhia. Dia menjadikan saya wanita paling bahagia dengan kehadirannya.
Saya tidak memilih siapa bakal suami, asalkan dia dapat memenangi hati anak, bapa dan ahli keluarga yang lain. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya.
Paling penting, dia menyayangi saya dan anak dengan sepenuh jiwa, bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya tetap. Pada mata saya, bakal suami insan yang terlalu hebat.
Dalam pada itu, Elly berkata dia akan mengumumkan tarikh pertunangannya menerusi menerusi saluran YouTube miliknya dalam masa terdekat. Mengikut perancangan, majlis itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

mayami
December 13, 2019 at 3:36 pm
bakal suami die keje cikgu ke..byk duit mesti ade side income nii
Anonymous
December 13, 2019 at 2:27 pm
aku rasa dia ni in real life okay je.
kaktus
December 13, 2019 at 10:01 am
Alhamdulillah. Dgr bakal suami org kelantan so thn depan raya balik kelantan lah ya…kalu balik sana hrp berpakaian sopan…adik beradik bakal suami ramai dan ramai lg tanggungjawab yg perlu dilaksanakan… lg2 anak lelaki…pekerja gomen cikgu sekolah ….1 tugasan yg murni