Bakal Presiden Filipina Ikrar Akan Tuntut Sabah, Sabah Bakal Jadi Hak Milik Filipina?

Trending

Bakal Presiden Filipina Ikrar Akan Tuntut Sabah, Sabah Bakal Jadi Hak Milik Filipina?

sabahBakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berikrar untuk meneruskan tuntutan ke atas Sabah, lapor akhbar The Philippine Star.

Ditanya jika beliau akan mengiktiraf tuntutan Kesultanan Sulu, Rodrigo berkata: “Ya. Dasar selama ini akan tetap menjadi dasar kerajaan, khasnya demi kepentingan negara.

Advertisement

“Kita perlu membuat tuntutan kami,” katanya.

Kesultanan Sulu pernah memerintah sebahagian daripada kawasan di selatan Filipina dan Sabah.

Menurut laporan itu, kerajaan British memindahkan Sabah kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1963.

Akhbar itu melaporkan, Filipina mendakwa Sabah hanya dipajak bukannya diserahkan kepada British North Borneo Co.

Malaysia menegaskan masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Pada 2013, pengikut Sultan Sulu, Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu di Sabah bagi menuntut hak mereka.

Ia berakhir dengan 10 anggota keselamatan Malaysia dan pengikut-pengikut Kiram terbunuh.

Menurut laporan itu, Presiden Aquino telah menjelaskan kepada Malaysia bahawa tindakan pengikut Kiram tidak dipersetujui kerajaan Filipina.

The Manila Bulletin turut menyiarkan laporan sama yang memetik Rodrigo sebagai berkata, pentadbirannya “akan kekal dengan tuntutan mereka” ke atas Sabah.

“Kami benarkan pewaris proprietari berunding (dengan Malaysia). Disebabkan ia adalah sebahagian daripada tuntutan kami, ia akan menjadi tanah kami,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...