Pelakon cantik, Diana Danielle baru-baru ini telah meluahkan hasrat apabila dia ingin memperlahankan karier seninya kerana ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dan keluarga.
Dia dilihat menulis tentang perkara itu menerusi akaun Instagramnnya dan menjelaskan bahawa niat tersebut muncul kerana dia tidak sanggup lagi berjauhan dengan dua orang anaknya itu.
Diana Danielle atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson,29, berkata apabila dia berada di set, hatinya berasa berat dan rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak di rumah.
View this post on Instagram
Tambah pelakon drama Raisha itu lagi, setiap kali selesai satu projek penggambaran, dia akan berehat paling kurang pun selama sebulan untuk kembali memberi tumpuan kepada ahli keluarga.
“Setiap kali mana-mana projek berakhir, saya akan berehat sekurang-kurangnya selama sebulan, kemudian baru boleh pujuk hati untuk bekerja semula. Saya perlukan masa itu sebab akan rasa sangat stress (tertekan) apabila rindu anak-anak, ketika itu emosi akan sangat terganggu dan tak ada hati nak bekerja.”
Tambah isteri kepada pelakon Farid Kamil itu lagi, dia bercadang ingin memperlahankan kerjaya seninya pada tahun 2021 nanti.
View this post on Instagram
Sekadar info, Diana dan Farid telah mendirikan rumah tangga pada November 2012 yang lalu dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad,7, dan Nur Aurora yang kini berusia 5 tahun.