Impian seorang lelaki yang bekerja sebagai posmen untuk disatukan dengan kekasihnya hancur apabila bakal pengantin perempuan itu lesap.
Lebih pedih apabila lelaki terbabit mendapati kediaman bakal pengantin perempuan tidak berpenghuni dan bakal isterinya itu tidak dapat dihubungi sedangkan mereka sepatutnya disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10 pagi itu, rombongan pengantin lelaki juga terpaksa menanggung malu dan rasa tertipu kerana telah pun menyerahkan hantaran RM16,000 sebelum hari pernikahan.
Lebih perit apabila tarikh 2 April; yang dipilih sebagai tarikh pernikahan; merupakan ulang tahun kelahirannya.
Difahamkan juga, perbincangan majlis akad nikah dan perkahwinan belah pihak pengantin perempuan telah pun ditetapkan sebelum ini dan kad jemputan telah pun dibuat, namun jiran berdekatan tidak tahu menahu tentang majlis itu.
Sudah Bertunang
Sumber Sinar Harian berkata, pengantin lelaki berusia 26 tahun itu sudah pun bertunang dengan bakal pengantin perempuan itu yang berusia 22 tahun yang juga pekerja sebuah kedai telefon bimbit di Pulau Sebang pada pertengahan 2014.
“Mengikut perjanjian semasa majlis pertunangan, mereka sepakat menunggu tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran RM19,000.
“Bakal pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur itu berjaya mengumpulkan wang hantaran dengan hasil titik peluh bekerja sebagai posmen dengan gaji RM900 sebulan serta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya yang lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sumber juga berkata, lelaki tersebut telah pun menyerahkan wang hantaran RM13,000 kepada keluarga pengantin perempuan yang tinggal kira-kira 3 km dari kediaman keluarganya pada pertengahan November lalu. Pada awal Mac, lelaki itu juga telah menyerahkan wang sebanyak RM3,000 lagi.
Baki RM3,000 lagi bakal diserahkan kepada pihak perempuan pada hari akad nikah yang sepatutnya berlaku semalam.
Selain itu, lelaki tersebut juga turut mengalmi kerugian lebih RM30,000 kerana sudah membuat pelbagai persiapan di majlis perkahwinan rumah pengantin perempuan termasuk pelamin, baju pengantin dan jurukamera.
Saman Malu
Difahamkan juga lelaki itu akan mengambil tindakan saman malu berhubung kejadian kerana bakal pengantin perempuan melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jempuan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.
Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
kepochi
April 4, 2016 at 9:42 am
wahhh hebat orang zaman skang..keje kedai henpon..hantaran belas2 ribu..hakak yg ade degree ney pun 8k jer dik non oiii…itu pun pakej pndai masak n mnjahit sumer..choiii btol
Rina Ruzlan
April 4, 2016 at 10:07 am
Entahnya…kita yang ada degree, diploma segala ni pun tak reti la nk mintak sampai belas2 ribu sungguh pun bakal laki kita sebenarnya mampu jer kumpul kalau nak kasi. Sampai betul hati dia sekeluarga buat tipu mcm ni skali eh. Siap dah tunggu dua tahun untuk dapatkan duit hantaran belas ribu tu semata2 nak bawak lari…tipu pihak pengantin lelaki. Kesian sungguh la Ya Allah…
minah jambu terlajak habis
April 4, 2016 at 9:16 am
perempuan ngan family dia ni tkde hati perot n orang semacam ini hati tk bagos ! keja Nye asek nk menipu aje …tapi ingat Allah tu maha kaya dn maha mengetahui segala Nye u wacth out !!!!